Kecoh Penduduk Ipoh Terdengar Bunyi Gegaran, Polis Kata Tiada Kaitan Letupan Kuari
Difahamkan, gegaran itu dirasai oleh penduduk di sekitar Klebang, Bercham dan Meru Raya.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak pagi tadi, kecoh dakwaan mengenai bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar daerah Ipoh telah menimbulkan kerisauan orang ramai
Menurut laporan Berita Harian, seorang penduduk di Klebang Harmoni berkata, dia yang secara kebetulan berada di rumah mendengar dengan kuat bunyi letupan berkenaan.
"Saya dengar bunyi seperti ada orang tutup pintu dengan kuat dan berlaku gegaran semasa kejadian.
"Memang misteri sungguh sebab bunyi yang sangat kuat dan berlaku gegaran," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Nizarulikram Abdul Rahim berkata, semakan pihaknya mendapati tiada aktiviti letupan kuari berlaku pada waktu itu
"Mengikut peraturan yang ditetapkan JMG, aktiviti letupan di kuari hanya dibenarkan bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang Isnin hingga Jumaat sahaja.
"Tidak dibenarkan aktiviti letupan di kuari dilaksanakan di luar daripada waktu dan hari itu. Itu sahaja maklum balas setakat ini," katanya.

Terdahulu, satu dentuman berserta gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan juga di sekitar Ipoh hingga menjangkau daerah kecil Sungai Siput pada 21 Oktober tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di Ipoh sehingga kini masih dikategorikan sebagai misteri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



