Pelajar Autisme Dari Kelantan Raih PNGK 4.0 & Cemerlang Dalam STPM 2024, Luar Biasa!
Kekurangan diri tak jadi halangan, awak memang hebat dik!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa sangka, seorang pelajar autisme dari Kelantan yang hanya mula pandai membaca pada usia 10 tahun, kini berjaya cipta sejarah apabila memperoleh semua A dan PNGK 4.0 dalam STPM 2024!
Menurut laporan Sinar Harian, Alam Haikal Jansari Anuar, 20, dari Kampung Air Berlaga, Machang bukan saja pelajar autisme, tetapi dia merupakan satu-satunya calon Orang Kurang Upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang, Kelantan.
Difahamkan, daripada 78 calon STPM di sekolahnya, Alam Haikal dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang.
Alam yang bercita-cita menjadi seorang guru berjaya memperoleh skor A bagi subjek Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Sejarah, Pengajian Perniagaan dan A- bagi Bahasa Melayu.

Belajar enam jam sehari, tak tinggal solat tahajud dan Al-Quran
Menurut Alam Haikal lagi, kejayaan tersebut memang tidak dijangka kerana dia cuma menyasarkan PNGK 3.5 sahaja.
Selain meluangkan masa enam jam untuk mengulangkaji pelajaran iaitu bermula jam 4 hingga 7 petang dan 3 hingga 6 pagi setiap hari, Alam juga sentiasa melakukan solat sunat tahajud.
"Saya juga tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajud dan menjadikan amalan membaca al-Quran setiap hari. Selain itu, untuk memahami sesuatu subjek, saya menggunakan teknik belajar yang berbeza-beza dan hanya fokus kepada satu mata pelajaran sahaja bagi satu hari," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


