Gardenia Keluarkan Perisa Baharu Roti Krim Durian, Netizen Puji Bau Semerbak & Sedap Gila!

Admin nak cari juga lah, FOMO!

Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Gardenia mencuri perhatian peminat roti tempatan apabila mereka memperkenal dua perisa baharu untuk rangkaian roti krim mereka

Pernah tak korang terbayang roti krim berperisa Durian? Yes, itulah perisa baharu keluaran Gardenia! Ada juga perisa Strawberi. Tetapi perisa Durian yang kini menjadi bualan hangat di media sosial sebab baunya semerbak dan rasanya pula memang padu!

Difahamkan, roti krim itu dijual pada harga RM1.20 dan menurut netizen, stok memang cepat habis kerana ramai yang borong lepas tahu perisa baharu itu masuk di pasaran.

SAYS.com
Image via @madnoh69 (TikTok)

Selain rasanya yang sedap, netizen turut memuji packaging baharu roti krim tersebut

Apa yang lebih menarik, kedua-dua perisa itu hadir dalam bungkusan baharu yang lebih fresh dan colourful.

Netizen turut memuji packaging baharu nampak lebih menarik dan 'aesthetic' membuatkan sesiapa saja rasa nak beli bila nampak di rak kedai.

Kalau korang peminat roti krim Gardenia, dua perisa ini memang wajib cuba. Tapi cepat-cepatlah cari, sebab berdasarkan feedback netizen, stok sentiasa licin!

SAYS.com
Image via Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd (Facebook)

Lihat video di bawah:

@nadfuzir

Roti gardenia perisa durian. Sedap we, rasa mcm keropok durian masa kecik2 dulu🥹💖

♬ GRR – Fantomel

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: