ZUS Coffee Buat Laporan Polis, Pekerja Yang Diserang Diberi Cuti Bergaji
Difahamkan, pekerja tersebut diberi cuti bergaji untuk pulih daripada kejadian itu dan masih menjadi sebahagian daripada pasukan ZUS Coffee.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
ZUS Coffee telah membuat laporan polis berhubung satu insiden melibatkan pertengkaran antara pekerjanya dan seorang pelancong di salah satu cawangannya
Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, syarikat kopi itu berkata laporan tersebut dibuat pada Isnin bagi memastikan keselamatan pekerja terbabit serta melindungi privasinya.
Menurut kenyataan ZUS Coffee, pekerja berkenaan kini diberi cuti bergaji untuk pulih daripada kejadian itu dan masih menjadi sebahagian daripada pasukan ZUS Coffee.


ZUS Coffee turut menegaskan bahawa kebajikan pekerja sentiasa menjadi keutamaan mereka, sambil menambah bahawa mereka akan memperkukuh latihan dan sistem sokongan bagi membantu kakitangan menghadapi situasi mencabar dengan profesionalisme dan empati
Syarikat tersebut juga menyeru orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan hantaran di media sosial yang boleh mendedahkan identiti individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Terdahulu, tular satu video yang didakwa menunjukkan seorang pelancong menengking seorang barista di salah satu cawangan ZUS Coffee. Malah, pelancong berkenaan dilihat melempar secawan kopi ke arah pekerja tersebut.
ZUS Coffee berkata mereka mempunyai polisi sifar toleransi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan dan akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Lihat kenyataan rasmi di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 