ZRA Strim Tegas Akan Teruskan Perjuangan – “Kami Tak Akan Berhenti Bersuara Hingga Palestin Merdeka”
Ayuh kita sama-sama perjuangkan Palestin sehingga mereka menang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Aktivis kemanusiaan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA Strim, menegaskan bahawa perjuangan untuk membebaskan Palestin tidak akan berhenti walau setelah dua tahun berjuang tanpa henti di platform dalam talian
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook, ZRA yang juga merupakan bekas wartawan dan penyertaan misi Global Sumud Flotilla (GSF), berkata beliau berpegang teguh pada misi menyebarkan naratif benar mengenai Palestin agar dunia tidak lupa pada penderitaan rakyatnya.
"Hari ini genap 731 hari kita tak pernah berhenti 'stream' mengenai Palestin sama ada di media Facebook ataupun di TT (TikTok) dan kita akan teruskan juga hingga isu Palestin ini selesai.
"Kepada semua yang menyokong Global Sumud Flotilla dan juga yang menyokong Sumud Nusantara, yang mendoakan, yang meraikan, saya ucapkan terima kasih dan kita akan terus berjuang mengisahkan tentang Palestin dalam naratif hari ini dan hinggalah Palestin merdeka," katanya.

Beliau turut memaklumkan telah selamat tiba di tanah air semalam bersama 22 lagi rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF
Kesemua mereka sebelum ini ditahan tentera Israel selepas kapal yang dinaiki dipintas di perairan Laut Mediterranean dan dibawa ke pelabuhan Ashdod.
Selepas kembali ke tanah air, ZRA sempat membuat siaran langsung di TikTok yang mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia.

"Saya selamat kembali dan terpaksa segera ke studio, satu adalah kerana semalam saya keletihan dan kita pun dah tak live selama tujuh hari.
"Jadi saya balik ke studio untuk membolehkan tuan-tuan kembali ke studio dan saya ucapkan terima kasih kepada 55,000 orang yang hadir dalam live tadi di TikTok," katanya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 