Zoo Taiping & Night Safari Umum Kadar Tiket Baharu Mulai 15 Mac Ini

ZTNS kini menempatkan lebih 1,300 haiwan daripada 120 spesies di kawasan seluas 36 hektar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Tourism Perak & Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) akan menyelaraskan harga tiket masuk yang baharu bermula 15 Mac ini

Ia demi menjamin kelestarian operasi, memperkasa pemuliharaan hidupan liar, serta meningkatkan kualiti kemudahan dan pengalaman pengunjung secara menyeluruh

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Mohamed Akmal Dahalan di Facebook, langkah tersebut merupakan semakan pertama sejak tahun 2013 yang mengambil kira kenaikan kos operasi semasa meliputi penyelenggaraan habitat, kebajikan haiwan, penjagaan veterinar, kemudahan awam, keselamatan, dan penambahbaikan infrastruktur secara berterusan.

"Selain itu, ia (pelarasan harga tiket masuk) juga mengambil kira peningkatan kos bahan makanan haiwan sejajar dengan kenaikan harga pasaran semasa," katanya.

SAYS.com
Image via New Straits Times

Semua kadar tiket adalah termasuk perkhidmatan trem

Kadar baharu tiket Zoo Taiping bagi warganegara kini ditetapkan pada RM25 untuk dewasa berumur 13 hingga 59 tahun berbanding RM16, manakala kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun meningkat kepada RM12 daripada RM8 dan warga emas berumur 60 tahun ke atas menjadi RM10 berbanding RM8.

Bagi Night Safari pula, harga tiket dewasa meningkat kepada RM30 daripada RM20, manakala kanak-kanak menjadi RM15 berbanding RM10 dan kadar warga emas pula kekal pada RM10.

Selain itu, bukan warganegara yang sebelum ini membayar kadar yang sama, harga baharu bagi Zoo Taiping adalah RM40 untuk dewasa, manakala kanak-kanak dan warga emas masing-masing dikenakan RM20.

Seterusnya bagi Night Safari, kadar dewasa adalah RM50, kanak-kanak RM25, manakala warga emas RM20. Mohamed Akmal menjelaskan bahawa semua kadar tiket tersebut sudah merangkumi perkhidmatan trem.

"Sebagai sebahagian daripada komitmen sosial, kemasukan percuma terus diberikan kepada pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) serta kanak-kanak berumur di bawah tiga tahun melibatkan warganegara dan bukan warganegara.

"Dengan purata kehadiran pelawat sekitar 600,000 orang setahun, ZTNS kini menempatkan lebih 1,300 haiwan daripada 120 spesies di kawasan seluas 36 hektar dengan laluan pejalan kaki sepanjang 2.5 kilometer," katanya.

Pihak pengurusan ZTNS menegaskan bahawa kadar baharu tersebut kekal kompetitif dan berpatutan berbanding tarikan pelancongan lain di Malaysia bagi menjamin standard kebajikan haiwan serta pengalaman pelawat yang terbaik.

Menurut Mohamed Akmal, ZTNS juga kekal sebagai antara zoo terbesar di negara ini yang menawarkan harga tiket paling murah dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

SAYS.com
Image via Majlis Perbandaran Taiping

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: