Zizi Kirana, Heliza Helmi & Farah Lee Antara 12 Rakyat Malaysia Ditahan Israel Setakat Ini

Mereka dilaporkan ditahan secara tidak sah tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dan dipintas di perairan antarabangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & REUTERS
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setakat ini 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, ditahan tentera Israel selepas rejim Zionis itu memintas kapal tersebut

Terbaru adalah Farah Lee dan Danish Nazram dari kapal Grande Blu.

Mesej SOS kecemasan bagi semua 12 sukarelawan berkenaan disiarkan di media sosial Sumud Nusantara, menandakan mereka dalam tahanan Israel.

Sebelum ini rakyat Malaysia ditahan adalah Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga; Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.

Selain itu, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi daripada kapal Hio, Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri dan Sul Aidil dari kapal Alma.

SAYS.com
Image via Sumud Nusantara OfficialImage via

Mereka dilaporkan ditahan secara tidak sah tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dan dipintas di perairan antarabangsa awal pagi tadi

Dalam perkongsian itu Sumud Nusantara Official turut memuat naik rakaman video Zizi yang dibuat sebelum pelayaran sebagai persediaan sekiranya ditahan pihak berkuasa Israel.

"Nama saya Zizi Kirana. Saya warganegara Malaysia. Jika anda menonton video ini bermakna saya telah diculik dan ia bertentangan dengan kehendak saya oleh tentera Israel.

"Saya segera merayu kepada kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: