Zizi Kirana & Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Tunisia, Misi Ke G Makin Dekat

Semoga Zizi dan pasukan terus dilindungi dan dipermudahkan semua urusan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @zizi_kirana (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyanyi terkenal, Zizi Kirana, berkongsi perkembangan terbarunya melalui media sosial tentang perjalanan yang penuh mendebarkan dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang disertainya

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi menceritakan detik cemas ketika mereka semakin hampir memasuki perairan antarabangsa, yang disifatkannya sebagai kawasan Red Zone. Situasi itu memerlukan mereka sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

"Semakin dekat dengan Tunisia sebenarnya semakin mendebarkan, kerana tak lama lagi kami akan masuk ke perairan antarabangsa, dan boleh dikatakan Red Zone. Jadi mungkin ketika itu agak susah dah kami nak update atau live. Kerana kami perlu sentiasa bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku," tulisnya.

SAYS.com
Image via @zizi_kirana (Instagram)

Dalam kemas kini terbaharu, Zizi memaklumkan bahawa mereka selamat tiba di Tunisia

Dia menggambarkan suasana penuh syahdu saat pertama kali tiba apabila terdengar laungan azan dari bahagian atas kapal.

"Alhamdulillah sampai di Tunisia. Saya keluar naik ke bahagian atas kapal, dan terdengar laungan azan Allahuakbar Allahuakbar. Ya Rabb, Penolong ,Pelindung dan Penjaga kami satu-satunya," tulisnya lagi.

Zizi turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan dan doa yang diterimanya sepanjang misi tersebut. Dia menyeru orang ramai untuk menyebarkan maklumat yang tepat agar tiada pihak yang memutarbelitkan fakta.

"Tolong sebarkan pada 1 dunia, ini adalah misi Non -Violence! Supaya laknatullah tak boleh spin cerita!" katanya.

Lihat ciapan di bawah:

SAYS.com
Image via @zizi_kirana (Threads)
SAYS.com
Image via @zizi_kirana (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via