Yuna Lakar Sejarah Jadi Artis Tempatan Pertama Dapat 1 Billion Stream Di Spotify – “Malaysia Mendonia”
World class Yuna!
Cover image via @yunationals (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa je yang tidak kenal dengan penyanyi dan penulis lagu popular, Yunalis binti Mat Zara'ai Sinclair atau lebih dikenali sebagai Yuna betul tak?
Baru-baru ini, Yuna melakar sejarah baharu apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mencecah 1 billion stream di platform muzik Spotify.
Menerusi perkongsian di laman Threads, Yuna berada di tempat pertama, kemudian diikuti dengan Fish Leong di tempat kedua (590M). Manakala, Datuk Sri Siti Nurhaliza pula di tempat ketiga (549M).


Pencapaian itu sememangnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana lebih tiga juta pendengar Yuna setiap bulan
Selain itu, pendengar muziknya daripada negara lain termasuk Chicago, Los Angeles, Mexico City dan Sao Paulo.
Susulan tularnya berita tersebut, rata-rata netizen di laman Threads turut memberikan komen positif terhadap pencapaian Yuna.


Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


