YouTuber & MUA, James Charles Kritik Produk NIMS Tapi Ini Pula Reaksi Founder Selepas Diberi Rating 3/10
James memuat naik video ulasan pelbagai snek, makanan dan manisan dari kedai TikTok di saluran YouTube miliknya baru-baru ini.
Cover image via James Charles (YouTube)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini YouTuber dan make-up artist (MUA) sensasi dunia, James Charles, beri rating 3/10 untuk produk NIMS Crispy Choco Tub, ramai ingat pengasas NIMS akan 'sentap' dan makan hati
James memuat naik video ulasan pelbagai snek, makanan dan manisan termasuk produk NIMS Crispy Choco Tub di saluran YouTube miliknya pada 2 Ogos lalu.
Ketika artikel ini ditulis, video berjudul 'Trying Viral Snack Foods From TikTok Shop' mendapat lebih 23,000 tanda suka dengan tontonan melebihi 724,000 di YouTube.
"Saya sudah tunggu lama untuk merasai produk tular ini (NIMS Crispy Choco Tub). Pelik juga bagaimana bijirin ini masih rangup biarpun sudah dilimpahi coklat di dalam bekas.
"Selepas merasainya, saya nilai kualiti coklat tidak bagus dan kurang 'kick'. Namun, bijirin rasa sedap dan masih rangup. Suapan pertama snek ini saya kira sedap. Bagaimanapun suapan seterusnya, jadi rasa pelik.
"Pelik juga kenapa produk ini boleh tular. Saya tak akan mengesyorkan produk ini kepada orang lain. Jadi saya beri markah tiga daripada 10," katanya.
Menerusi video itu, juga James turut memberi ulasan lebih buruk dan rendah daripada produk NIMS berkenaan. Ada yang diberi markah satu dan dua sahaja.

Ramai ingat pengasas NIMS akan 'sentap' dan makan hati dengan review Charles
Ternyata silap andaian itu. Hakikatnya, pengasas jenama berkenaan, Tengku Norhanim Tengku Othman atau Hanim, membalas ulasan 'buruk' itu dengan penuh kelas dan keyakinan.
"Tak semua tekak sama. Biasalah kalau ada yang tak suka. Tapi ramai rakyat Malaysia bagi rating 10/10 untuk NIMS. Kita sudah tembus pasaran 18 negara, termasuk Amerika Syarikat (AS).
"Saya percaya kepada Bad Marketing, Big Impact. Jadi saya okey saja dan tak ambik hati dengan ulasan dia," kata Hanim.
Walaupun ulasan itu cukup 'pedas', Hanim berkata, dia tetap bersyukur sebab dapat produk miliknya mendapat publisiti percuma daripada pempengaruh bertaraf global itu.
Malah, Hanim turut merancang nak hantar satu set kombo khas untuk James dan ajak berkolaborasi dengannya.
"Kalau dia terkenal dengan gambaran bersifat 'fruity', kami pula penuh warna-warni! Mana tahu James boleh reka kombo ikut citarasa dia.
"Packaging pun biar dia boleh pilih dan tentukan. Mana tahu boleh wujud kolaborasi NIMS X James Charles," ujarnya.

Pengasas NIMS, Tengku Norhanim Tengku Othman
Image via @hanim.nims (Instagram)Hanim memaklumkan yang pihaknya memang tidak tersinggung dan cukup terbuka menerima ulasan dilakukan James.
"Bukan mudah kita nak pelawa atau minta selebtiti mahupun individu terkenal mencuba produk ini. Jadi sebab itu, dari kerendahan hati yang dalam… Kami amat berterima kasih dan berbesar hati dengan 'publisiti percuma' diberikannya.
"Terima kasih untuk kesempatan dan masa yang amat indah buat kami. Tambah pula, kita tahu dia sangat energetik, penuh jenaka dan paling penting jujur dalam memberikan komen.
"Walaupun boleh makan hati dengan komen jujurnya, tapi itu sama sekali tidak pernah mematahkan semangat kami.
"Malah, kami lebih memikirkan dari sudut lebih luas untuk melakukan sesuatu yang berbeza dengannya," kata Hanim.

Hanim sewaktu menyertai pameran Sweet & Snacks Expo, Indianapolis, Amerika Syarikat bulan lalu.
Image via @hanim.nims (Instagram)Untuk rekod, jenama produk NIMS bukan calang-calang dan pernah mendapat pengiktirafan hebat. Selain pernah diangkat sebagai Nona Best Crispy ChocoTub Award dalam Nona Superwoman Award 2022, jenama itu turut cemerlang untuk pengiktirafan lain.
Antaranya The Best Brandlaureate, Top 500 Trusty Brand Award (Majlis Tindakan Pengguna), AWEN AWARD (Asean Women Enterpreneur Network), IKSNITA Award (Women Young Enterpreneur), Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) serta The 100 Top Young CEO.
Difahamkan, produk ini diakui mempunyai piawaian antarabangsa, selain dikeluarkan di kilang yang ada tanda Halal dan mendapat pengiktirafan IS02200.
Di sebalik semua ini, rata-rata ramai tumpang bangga kerana produk tempatan mendapat perhatian antarabangsa. Sekalipun mendapat kritikan dan ulasan tak manis, pendedahan itu cukup berharga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



