YouTuber Cipta ‘Chicken Wing’ Lut Cahaya, Siap Ada Bahagian Rangup
Katanya sedap rasa macam sup ayam tapi tekstur jeli rangup.
Cover image via 菜男 (Cai Nan) / YouTubeFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda melihat ayam goreng dan menyoal "Jika ayam goreng kelihatan seperti kaca, adakah ia masih sedap?"
Pelik tapi benar, seorang YouTuber telah berjaya mencipta resipi ayam goreng lut cahaya seolah-olah menggabungkan realiti dan sains fiksyen.
Ayam goreng itu bukan sahaja lut cahaya tetapi boleh dimakan dengan selamat malah bahagian tulang pun dibuat menjadi lut cahaya.
Dikenali sebagai Cai Nan, dia dikenali sebagai orang yang suka mencipta makanan pelik tapi menarik tetapi 'chicken wing' lut cahaya ini telah menjadi viral di serata dunia.
Rasai 'chicken wing' lut cahaya
Pada 25 Mac lepas, Cai Nan telah memuat naik satu video berjudul 'I want to make the friend chicken transparent, but the result is strange' dengan terjemahan 'Saya mahu membuat ayam goreng lut sinar, keputusannya sangat pelik.'
Cai Nan memulakan proses dengan tulang ayam yang direplikasi dengan mencampur tulang sum-sum, kolagen dan gel sejuk. Dia memasukkan campuran ini ke dalam acuan berbentuk tulang ayam.

Maka bermulalah sesi saintis makanan dan menjadikan perkara ini sangat teknikal. Cai Nan memulakan proses ini dengan menukarkan isi ayam menjadi cecair. Cecair ayam ini seperti satu sup berperisa ayam tetapi sangat jernih.

Dia kemudian menggunakan teknik spherification yang digunakan dalam seni kulinari untuk memerangkap cecair ayam itu ke dalam satu membran tipis yang boleh dimakan.

Cai Nan kini mempunyai satu struktur isi ayam dan juga bahagian tulang ayam.
Semuanya berubah menjadi nyata apabila Cai Nan juga berjaya menyiapkan kulit rangup untuk bahagian luar chicken wing lut cahaya ini.
Setelah menggabungkan ketiga-tiga bahagian, makan jadilah chicken wing lut cahaya.

Cai Nan mengatakan rasanya sangat sedap, rangup, dan penuh dengan ekstrak ayam yang kuat seperti sup ayam. Ciptaan ini telah menjadi hasil seni kulinari yang hebat bukan sekadar ayam goreng sahaja.

Tonton video penuh dibawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



