“Ya Allah Hebatnya Susunan Engkau” – Haroqs Luah Rasa Syukur Dibebaskan Rejim Zionis

Haroqs sebelum ini menarik perhatian ramai kerana menjadi antara peserta termuda dalam misi berkenaan

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas lima hari tanpa khabar, sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs akhirnya tampil memberi perkongsian pertama selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Zionis

Dalam satu hantaran di IG Story, jejaka berusia 25 tahun itu mengucapkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai dan kekuasaan Allah SWT.

Haroqs turut meluahkan rasa sebak apabila melihat hantaran mengenai dirinya sebaik keluar dari penjara.

"Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ini selepas dibebaskan. In-Sya Allah, esok saya kongsikan ceritanya," tulisnya.

Haroqs merupakan salah seorang sukarelawan termuda

Image via NST

Sebelum ditahan, Haroqs merupakan antara 23 sukarelawan Malaysia dalam misi GSF yang berlayar menaiki kapal Free Willy membawa bantuan ke Palestin.

Namun, misi mereka terganggu apabila kapal berkenaan dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa, menyebabkan semua ditahan dan dibawa ke penjara.

Haroqs sebelum ini menarik perhatian ramai kerana menjadi antara peserta termuda dalam misi berkenaan dan sering berkongsi semangatnya untuk menjejak kaki ke bumi Palestin.

Semua 23 sukarelawan kini dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada jam 9.45 malam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik