Wikipedia Wujudkan Game TCG Untuk Sebarkan Ilmu & Mengajar – “Membaca Amalan Mulia”

Setiap kad yang diperoleh boleh dibaca untuk informasi baru.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PCGamer & SAYSSeismik
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 6.7 juta artikel di Wikipedia telah diubah menjadi satu permainan video browser digelar Wikigacha

Wikigacha adalah permainan interaksi digital ensiklopedia yang sama seperti permainan kad dagangan (TCG) yang lain.

Daripada mendapat raksasa sama seperti Pokemon, pemain akan mendapat kad tokoh-tokong bersejarah, teori saintifik kompleks, informasi pembedahan, budaya pop dan pelbagai lagi maklumat lain.

SAYS.com
Image via Tangkapan skrin / SAYSSeismik

Platform ini mempunyai pelbagai informasi dan artikel dan permainan ini dilaporkan mempunyai 6.74 juta kad berbeza-beza.

Wikigacha menggunakan data dari artikel yang ada

Setelah membuka pek kad, pemain akan mendapat lima kad berbeza dengan rarity tersendiri.

Setiap artikel mempunyai rarity yang bermula dari Common, Uncommon, Rare, Super Rare, Super Super Rare, Ultra Rare dan Legendary Rare.

SAYS.com
Image via Tangkapan skrin dari SAYS Seismik

Pemain diberikan 10 pek sehari, dan untuk menjanjikan semua orang mendapat kad dengan rarity tinggi, bagi pek yang ke-10, pemain akan mendapat kat rarity SR dan ke atas.

Pemain juga boleh berlawan dengan pemain lain

Bagi menambah lagi interaksi dengan pemain lain, pemain boleh berlawan dengan pemain lain.

Setiap kad yang anda peroleh mempunyai jumlah Attack (Serangan) dan Defence (Pertahanan) yang berbeza.

SAYS.com
Image via SAYS

Jumlah Serangan ditentukan oleh jumlah pembaca satu artikel itu manakala Pertahanan ditentukan oleh jumlah perkataan untuk satu artikel itu.

Hal ini membuatkan kad-kad yang ada akan sentiasa mempunyai tahap kuasa yang berubah-ubah mengikut populariti dan maklumat yang diberikan.

Menukar sesuatu yang biasa kepada informasi penuh interaksi

Wikipedia berjaya mengubah sesuatu yang membosankan kerana membaca adalah sesuatu yang jarang menjadi hobi ramai orang.

Menukarkan membaca menjadi permainan video telah meningkatkan interaksi pengguna global menjadi satu hobi digital kompetitif sangat dialu-alukan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: