WhatsApp Perkenal Akaun Boleh Dikawal Ibu Bapa Untuk Anak
Pihak WhatsApp akan membenarkan ibu bapa untuk mencipta akaun bagi kanak-kanak pra-remaja.
Cover image via Der Westen (Gambar sekadar hiasan) & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
WhatsApp, milik Meta Platforms (META.O) baru-baru ini mengumumkan akan membenarkan ibu bapa untuk mencipta akaun bagi kanak-kanak pra-remaja yang dihadkan hanya kepada fungsi pemesejan dan panggilan
Langkah ini diambil di tengah-tengah kebimbangan global yang semakin meningkat mengenai kesan media sosial dan aplikasi sembang terhadap kanak-kanak.
Menurut laporan Reuters, sebilangan negara di seluruh dunia kini sedang berusaha untuk mengikut jejak langkah Australia, yang pada tahun lalu menjadi negara pertama yang melaksanakan larangan media sosial bagi golongan remaja berikutan kebimbangan terhadap kesihatan mental.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Digital TrendsIbu bapa mahukan perkhidmatan pemesejan khas untuk kanak-kanak bawah 13 tahun
Aplikasi pemesejan juga telah mencetuskan kebimbangan susulan insiden penggodaman di mana pengguna dipujuk untuk mendedahkan pengesahan keselamatan dan kod pin yang memberikan akses kepada akaun peribadi serta sembang kumpulan bagi pihak berniat jahat.
WhatsApp menyatakan bahawa idea akaun yang diuruskan oleh ibu bapa tercetus selepas menerima maklum balas daripada ibu bapa yang mahukan perkhidmatan pemesejan yang disesuaikan untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
"Akaun-akaun ini dilengkapi dengan tetapan lalai baharu yang ketat, kawalan ibu bapa dan pilihan untuk ibu bapa membimbing pengalaman pemesejan pertama anak-anak pra-remaja mereka (di bawah 13 tahun)," kata aplikasi pemesejan itu dalam satu hantaran blog.
"Setelah ditetapkan, akaun-akaun ini dikawal oleh ibu bapa atau penjaga yang akan dapat menentukan siapa yang boleh menghubungi akaun tersebut dan kumpulan mana yang boleh mereka sertai. Selain itu, ibu bapa boleh menyemak permintaan mesej daripada kenalan yang tidak dikenali dan mengurus tetapan privasi akaun tersebut," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via ForbesLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



