Wet World Pedas Kini Dibuka, Taman Tema Air Di Negeri Sembilan Dengan Hot Spring Semula Jadi
Perfect untuk family day, short getaway atau hujung minggu.
Cover image via Wet World Water Parks (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gabungan taman tema air dan kolam air panas semula jadi ini menawarkan pengalaman santai dan menyeronokkan dalam satu lokasi
Negeri Sembilan kini mempunyai satu lagi tarikan pelancongan baharu apabila Wet World Pedas Water Park & Hot Spring Resort secara rasmi dibuka kepada orang ramai.
Terletak di Pedas, destinasi ini mencuri perhatian kerana menjadi taman tema air pertama di negeri ini yang menggunakan air panas semula jadi, sekali gus menawarkan pengalaman yang berbeza daripada taman air biasa.
Menariknya, Wet World Pedas bukan sekadar destinasi untuk berseronok, tetapi turut menggabungkan elemen kesihatan dan relaksasi.
Ia menjadikan lokasi ini sesuai untuk pelbagai golongan daripada pencari adrenalin, keluarga yang ingin beriadah, sehinggalah mereka yang mahu merehatkan badan selepas rutin harian yang sibuk.


Gabungan hiburan dan relaksasi dalam satu destinasi
Di Wet World Pedas, pengunjung boleh menikmati pelbagai tarikan termasuk gelongsor air yang mencabar, kolam keluarga dan ruang permainan air yang sesuai untuk kanak-kanak.
Pada masa sama, pengunjung juga berpeluang merasai kolam air panas semula jadi yang dipercayai membantu melegakan keletihan otot dan memberi kesan menenangkan kepada tubuh.
Keunikan ini menjadikan Wet World Pedas sebagai satu-satunya taman tema air di Negeri Sembilan yang menggabungkan keseronokan dan kesejahteraan dalam satu kunjungan.


Dengan tarikan air panas semula jadi dan fasiliti taman tema air moden, Wet World Pedas dijangka menjadi antara destinasi pilihan baharu pelancong tempatan, khususnya bagi mereka yang ingin menikmati keseimbangan antara keseronokan dan ketenangan.
Bagi yang sedang merancang percutian ringkas tanpa perlu keluar dari Negeri Sembilan, Wet World Pedas Water Park & Hot Spring Resort mungkin destinasi yang patut dimasukkan dalam senarai.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



