Waris Pengasas Dnars Nafi Dakwaan Berhutang RM3.2 Juta Wang Faraid, Dakwa Bekas Bapa Tiri Tak Pulangkan RM1.3 Juta

Anak Allahyarhamah berkata bahawa tuduhan yang dibuat oleh bapa tirinya adalah tidak benar sama sekali.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Waris kepada pengasas produk kecantikan terkenal, Dnars, tampil menafikan dakwaan bahawa mereka berhutang wang faraid bernilai RM3.2 juta seperti yang didakwa oleh bekas suami Allahyarham Faziani Rohban Ahmad

Menerusi video tular di media sosial, anak Allahyarhamah, Irdina Hakim, 25, menjelaskan bahawa tuduhan yang dibuat oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, adalah tidak benar sama sekali.

Menurutnya, wang dan harta pusaka milik arwah ibu mereka tidak pernah digunakan oleh ahli waris, termasuk dirinya dan adik-beradik lain, sejak kematian pengasas Dnars pada tahun 2019.

Sebaliknya, Irdina mendakwa bahawa Ahmad Shah Rizal sendiri yang mengambil wang tunai berjumlah RM1.3 juta daripada peti besi milik Allahyarhamah dan gagal memulangkannya, walaupun mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk berbuat demikian.

Irdina turut menjelaskan bahawa angka RM3.2 juta yang disebut oleh Ahmad Shah Rizal sebenarnya merujuk kepada pinjaman perniagaan yang dibuat ketika Allahyarhamah masih hidup, dan bukan berkaitan dengan wang faraid

Berikut merupakan kenyataan yang diberi olehnya kepada Berita Harian:

"Apa yang didakwa berhubung bapa saudara saya meminjam duit faraid tidak benar sama sekali kerana duit faraid adalah selepas mummy meninggal dunia baru kita sebut faraid.

"Sejak mummy meninggal dunia pada 2019, kami semua tidak menggunakan langsung kerana wang berkenaan ditadbir oleh abang saya bersama bekas bapa tiri.

"Apa yang disebut hutang RM3.2 juta itu adalah pinjaman ketika mummy masih hidup atas urusan perniagaan kerana mummy sentiasa membantu adik beradiknya,"
katanya.

Bekas bapa tiri dakwa tidak terima arahan mahkamah

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal mendakwa bahawa dia tidak menerima arahan bertulis daripada mahkamah berhubung perintah memulangkan wang RM1.3 juta tersebut. Disebabkan itu, dia mendakwa gagal mematuhi arahan berkenaan.

Selain itu, dia juga mendakwa bahawa pihak defendan iaitu adik-beradik Allahyarhamah Faziani masih berhutang wang faraid bernilai RM3.2 juta, kenyataan yang kini dinafikan sepenuhnya oleh pihak waris.

Susulan perkembangan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Zaini Sulaiman, telah mengarahkan Ahmad Shah Rizal untuk mengemukakan jawapan bertulis yang memperincikan sebab beliau gagal mematuhi perintah pemulangan wang tunai tersebut.

Mahkamah juga menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh keputusan berhubung permohonan pembatalan saman harta sepencarian yang difailkan dalam kes berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: