Warga Vietnam Kantoi Mencuri Di Pasar Raya, Cuba Larikan Bayi 11 Bulan Sebagai Tebusan & Acu Pisau
Suspek dikatakan bertindak menarik bayi lelaki berkenaan sambil memegang pisau ketika dia dikejar orang ramai.
Cover image via @1Obefiend (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bayi berusia 11 bulan nyaris dijadikan tebusan oleh seorang lelaki warga Vietnam yang cuba melarikan diri selepas dikesan mencuri beberapa makanan laut di sebuah pasar raya di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini
Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian jam 12.45 tengah hari itu, suspek dikatakan bertindak menarik bayi lelaki berkenaan sambil memegang pisau ketika dia dikejar sekumpulan pengawal keselamatan dan pekerja pasar raya terbabit.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, pada mulanya suspek telah ditangkap selepas didapati cuba membawa keluar makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat bayaran.
Bagaimanapun, menurutnya, lelaki itu berjaya melepaskan diri dan menarik bayi lelaki yang sedang dikendong ibunya.

"Berlaku pergelutan antara suspek, mangsa dan orang awam di tempat kejadian.
"Suspek berjaya ditangkap oleh pengadu dengan bantuan beberapa pekerja serta orang awam di dalam pasar raya berkenaan sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian," katanya dalam satu kenyataan media.
Suspek telah ditahan polis dan direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
Perintah reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Aina Ahmad bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 380, Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Suspek, yang juga bapa kepada tiga anak dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, tiba di Mahkamah Majistret pada jam 9.45 pagi dengan diiringi anggota polis.

Terdahulu, tular video insiden berkenaan di media sosial termasuk detik mencemaskan apabila bayi lelaki berkenaan cuba dilarikan oleh suspek.
Difahamkan, beberapa orang awam dan pengawal keselamatan pasar raya itu turut mengalami kecederaan ketika bergelut dengan suspek.
Tonton video yang tular di media sosial di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



