Warga Malaysia Kini Dah Boleh Masuk Ke China Tanpa Mohon Visa Mulai 17 Julai – “Jom Travel!”
Pengecualian visa itu dipersetujui ketika lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur, April lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula 17 Julai, rakyat Malaysia kini boleh memasuki China tanpa visa bagi lawatan jangka pendek sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari
Ia adalah satu kemudahan baharu yang pastinya memudahkan urusan pelancongan dan lawatan ke negara tersebut.
Menerusi laporan Bernama, Kedutaan China di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, di bawah Perjanjian Pengecualian Visa Bersama Malaysia-China, pemegang pasport Malaysia dan China boleh memasuki, keluar atau transit di negara masing-masing tanpa visa dan tinggal sehingga 30 hari bagi setiap lawatan, bermula esok.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Turkish AirlinesKemudahan bebas visa merangkumi pelbagai tujuan
Difahamkan, kemudahan bebas visa itu merangkumi tujuan seperti pelancongan, lawatan keluarga, urusan perniagaan, pertukaran budaya, urusan peribadi, rawatan perubatan dan perjalanan sebagai anak kapal.
"Tempoh tinggal secara terkumpul tidak boleh melebihi 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari," kata kenyataan itu.
Kedutaan menjelaskan, mereka yang merancang untuk tinggal melebihi 30 hari, atau ingin bekerja, belajar, menjalankan aktiviti media atau apa-apa aktiviti lain yang memerlukan kelulusan awal, perlu memohon visa bersesuaian sebelum memasuki negara berkenaan.
Perjanjian melanjutkan pengecualian visa antara China dan Malaysia itu dipersetujui ketika lawatan negara Presiden China Xi Jinping di Kuala Lumpur, April lalu.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Embassy of Malaysia, BeijingLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 