Warga Gaza Bina Semula Rumah Dari Sisa Runtuhan – “Hebatnya Rakyat Palestin”

Seronoknya tengok mereka kembali tersenyum.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @syifa_ufaira (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam derita yang tiada penghujung, rakyat Gaza terus menunjukkan ketabahan luar biasa

Tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita Gaza yang nekad membina semula rumahnya, bukan dengan bahan binaan baharu tetapi dengan sisa runtuhan kediamannya yang dibedil tentera Zionis.

Menerusi video yang dimuat naik @syifa_ufaira, wanita berkenaan dilihat tekun membersihkan tapak rumahnya yang sudah musnah.

Dengan penuh ketenangan, dia menyapu habuk, mencuci lantai yang retak dan menanam beberapa pokok kecil di sekeliling kawasan itu seolah-olah berusaha menghidupkan kembali harapan yang telah lama dipadam.

SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)
SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)
SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)

Video pendek itu kini menjadi tular di media sosial dan menyentuh hati ramai warganet

Rata-rata pengguna meluahkan rasa kagum terhadap kekuatan dan keteguhan wanita tersebut, sambil menitipkan doa agar rakyat Palestin terus dilindungi dan diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat perit.

SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)
SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)
SAYS.com
Image via @syifa_ufaira (TikTok)

Lihat video di bawah:

@syifa_ufaira

A people who have proven to the whole world that I am the youngest child among them..

♬ original sound – syifa_ufaira – syifa_ufaira

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: