Warga Emas Tekad Pecahkan 12 Mesin ATM, Tak Puas Hati Tidak Boleh Keluar Duit

Difahamkan, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana gagal mengeluarkan wang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga emas akhirnya diberkas selepas dipercayai bertindak memecahkan skrin 12 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Jinjang dan Sentul

SAYS.com
Image via Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana gagal mengeluarkan wang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Basri Sagoni, berkata, suspek berusia 67 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.21 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Dalam kejadian yang tular sebelum ini, suspek dipercayai memasuki ruang mesin ATM sebelum bertindak agresif merosakkan skrin menggunakan objek keras.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan masuk ke dalam kawasan mesin ATM sebelum memecahkan skrin menggunakan objek dipercayai batu

SAYS.com
Image via Harian MetroImage via

"Hasil soal siasat mendapati suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM," katanya.

Polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan ketika kejadian termasuk pakaian, motosikal, topi keledar serta seketul batu yang dipercayai digunakan untuk merosakkan mesin berkenaan.

"Dengan tertangkapnya suspek tersebut, kita berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pertuduhan,"
katanya lagi.

Terdahulu, laporan media memaklumkan polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes khianat sehingga menyebabkan 12 mesin ATM rosak di kawasan Jinjang Utara dan Jinjang Selatan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki bertopi keledar memasuki ruang ATM sebelum memecahkan skrin menggunakan objek dipercayai batu dan melarikan diri dari lokasi kejadian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: