Warga Emas Palsukan Kematian, Nak Tengok Siapa Datang Ke Majlis Pengebumian

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah orang yang disegani dalam komunitinya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via NDTV
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga emas yang juga anggota Tentera Udara pencen dari India baru-baru ini telah memalsukan kematiannya

Lelaki bernama Moham Lal, 74 tahun, itu telah viral kerana cara dramatiknya 'hidup semula dari mati'.

Semuanya bermula pada 13 Oktober lepas, semua ahli keluarga, sahabat handai, dan warga kampung Konchi telah datang untuk menghadiri majlis pengebumiannya.

Tanpa diketahui mereka, Moham Lal hanya memalsukan kematiannya.

Menurut NDTV, Lal akhirnya bangun sebaik sahaja sebelum tempat membakar mayat.

Punca sebenar pemalsuan kematian ini mengejutkan orang ramai

Kejadian ini mengejutkan orang ramai bukan disebabkan 'hidup daripada mati' tetapi mengapa dia membuat demikian.

Menurut Mohan Lal sendiri, dia membuat perkara ini untuk melihat siapa yang datang untuk melihatnya jika dia meninggal dunia.

SAYS.com
Image via PEP.PH/India Today

"Setelah mati, orang akan mengangkat jenazah, tetapi saya mahu melihat sendiri siapa yang menghormati dan menyayangi saya," katanya.

Walaupun betapa dramatiknya kejadian ini, Lal sebenarnya sangat disayangi dan disegani oleh komuniti tempat tinggalnya.

Dia selalu membantu ramai orang susah untuk memastikan kehidupan mereka lebih baik.

"Setelah berpencen, saya banyak membuat kerja sosial dan saya akan bekerja untuk membantu kebajikan orang sehingga akhir hayat," kata Lal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: