Warga Bangladesh Catat Rekod Pekerja Asing Paling Ramai Yang Sedang Bekerja Di Malaysia
Seramai 803,332 warga Bangladesh kini masih aktif bekerja di Malaysia dengan menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendedahkan bahawa sehingga 30 Jun lalu, terdapat seramai 803,332 warga Bangladesh yang masih aktif bekerja di Malaysia dengan menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)
Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, angka itu merangkumi 37 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja asing di negara ini, sekali gus menjadikan Bangladesh sebagai negara sumber paling ramai menyumbang tenaga kerja asing berkemahiran rendah di Malaysia.
"Berdasarkan maklumat tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh bagi 2022 dan 2023, sejumlah 790 orang ditangkap atas kesalahan tinggal melebihi tempoh pas," katanya di dewan rakyat.

Pengambilan warga asing bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara
Menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH–Pasir Gudang) berhubung jumlah pekerja Bangladesh di Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa pada tahun 2022, sebanyak 49,353 pekerja Bangladesh direkodkan masuk selepas sempadan negara dibuka pasca COVID-19.
Beliau turut menambah, pada tahun 2023, kerajaan memperkenalkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing, iaitu satu mekanisme sementara bagi mempercepat serta memudahkan proses pengambilan pekerja asing, khususnya dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
"Daripada pelan ini, sejumlah 397,548 pekerja asing warga Bangladesh baharu direkodkan memasuki negara pada 2023.
"Selain itu, pada 2022, sejumlah 20,331 dan pada 2023, sejumlah 23,065 pemegang PLKS warga Bangladesh dihantar pulang oleh majikan masing-masing," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 