Warga Asing Selamba Ugut Tak Tanggung Risiko Kereta Pecah Kalau Tak Bayar Parking RM15
Harap kerajaan dapat ambil tindakan tegas terhadap ulat parkir tiket ni.
Cover image via @zhiddinazizz (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ulat tiket parkir kini semakin berleluasa di Kuala Lumpur, aktiviti ini bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan
Apa yang membimbangkan, trend ulat tiket kini bukan sahaja melibatkan warga tempatan, malah warga asing juga dilaporkan semakin berani mengambil peluang ini untuk mengaut keuntungan.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan orang ramai.

Ugut kereta boleh pecah jika tidak mahu bayar parkir
Selebriti televisyen Malaysia, Zhiddin Aziz, baru-baru ini menarik perhatian netizen selepas berdepan dengan seorang pengutip bayaran parkir haram di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang mengenakan caj sebanyak RM15 untuk satu lot parkir.
Zhiddin menolak untuk membayar caj berkenaan dan secara tegas menyoal lelaki warga asing itu mengenai kebenaran mengutip bayaran parkir di kawasan berkenaan. Lelaki tersebut mendakwa secara tidak benar bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepadanya untuk mengutip bayaran parkir.
Zhiddin juga menafikan dakwaan lelaki terbabit dan menegaskan bahawa DBKL tidak akan mengeluarkan lesen operasi kepada warga asing. Apabila ditanya mengenai kemungkinan sekiranya dia enggan membayar, lelaki itu kemudian menjawab:
"Saya tak tahu. Mungkin kereta you akan pecah."
Zhiddin menegaskan ketidakpuasannya terhadap tindakan pengutip bayaran haram tersebut dan berkata,
"Kalau pecah kereta aku, aku tahulah nak pecah muka siapa. Aku kenal muka kau."
Begitupun, Zhiddin tetap meletakkan keretanya di lokasi berkenaan dan menolak untuk membayar RM15, sambil meyakini bahawa keselamatan keretanya berada di bawah perlindungan Allah.
Beliau turut menasihati lelaki terbabit untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan menyeru orang ramai agar tidak mengalah kepada pengutip bayaran parkir haram.
"Kalau ada yang menagih bayaran, jangan dihulur tangan. Jangan layan, jangan biar kerakusan berpesan. Andai dibiar, bersimaharajalela tanpa sempadan," tegas Zhiddin.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



