Warga Asing Kini Dilarang Berniaga, Lesen Perniagaan Hanya Untuk Rakyat Tempatan

KPKT serius terhadap kemudahan rakyat yang disalah guna warga asing.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan tidak pernah memberikan pengiktirafan kepada warga asing untuk menjalankan aktiviti penjajaan atau perniagaan kecil

Ia termasuk melarang mereka daripada bekerja sebagai pembantu di bawah lesen penjaja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi laporan Buletin TV3, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menjelaskan bahawa tindakan tegas terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan kecil adalah selaras dengan dasar serta peraturan sedia ada, termasuk Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja dan UUK Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah mengeluarkan hampir 15,000 kompaun, membatalkan 23 lesen perniagaan, dan menyita 2,880 premis atas pelbagai kesalahan termasuk kes pemindahan lesen secara haram kepada warga asing.

Tindakan itu dilakukan menerusi 3,703 operasi yang dilaksanakan sehingga kini.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Lebih ketatkan lagi proses permohonan baharu dan pembaharuan lesen

Selain tindakan penguatkuasaan, kerajaan turut memperketat proses permohonan baharu dan pembaharuan lesen di peringkat negeri bagi mengekang penyalahgunaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"KPKT dan PBT sentiasa terbuka untuk bekerjasama secara konstruktif dengan agensi lain dalam menyokong usaha penguatkuasaan PBT. Mengambil kira bahawa bidang kuasa PBT hanya terhad kepada pemeriksaan lesen premis dan perniagaan sahaja, maka kerjasama bersepadu amatlah dialu-alukan bersama dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia," katanya.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga terus dipertingkat bagi memastikan pelaksanaan undang-undang lebih efektif dan menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Hulu Selangor, Mohd Hasnizan Harun, yang ingin mengetahui dasar kerajaan berhubung kebebasan warga asing membuka perniagaan serta tindakan terhadap premis yang menggunakan nama warganegara tetapi sebenarnya dikendalikan sepenuhnya oleh warga asing.

SAYS.com

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Image via Buletin TV3

Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menegaskan bahawa KPKT memandang serius isu penyalahgunaan kemudahan yang disediakan kerajaan untuk rakyat tempatan, tetapi dimanipulasi oleh warga asing melalui pelbagai tipu helah.

Jelas beliau, larangan keras terhadap penglibatan warga asing dalam penjajaan dan perniagaan kecil sering dimanipulasi melalui kaedah seperti menggunakan nama pasangan warganegara atau menyewa lesen daripada rakyat tempatan, sekaligus menimbulkan tanggapan seolah-olah kerajaan membenarkan mereka berniaga, walhal realitinya bertentangan dengan dasar sedia ada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: