Wanita Umur 58 Tahun Syukur Jadi Ibu Sekali Lagi, Selamat Sambut Anak Kedua

Wanita itu telah menarik minat doktor untuk mengkaji kes berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via The Standard
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berusia 58 tahun mencuri tumpuan apabila selamat melahirkan anak keduanya hasil rawatan persenyawaan in vitro (IVF)

Memetik laporan The Standard, wanita berkenaan dikenali sebagai Chan Lai-lai, isteri kepada pelakon terkenal Hong Kong, Brian Wong Chak-fung.

Menariknya, ini bukan kali pertama Chan mendapat perhatian. Enam tahun lalu, beliau pernah menjadi buah mulut ramai apabila berjaya melahirkan anak pertama pada usia 52 tahun.

Enam tahun lalu, Chan Lai-lai yang juga isteri kepada pelakon Brian Wong Chak-fung, pernah menjadi bualan ramai selepas berjaya menimang cahaya mata sulung pada usia 52 tahun.

SAYS.com
Image via The Standard

Lahirkan secara pembedahan Caesarean 

Dalam perkembangan terbaharu, pasangan itu memaklumkan kelahiran anak kedua mereka pada 22 Ogos lalu.

Menurut Wong, bayi perempuan seberat 3.34 kilogram (kg) itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean berjadual ketika usia kandungan mencecah 37 minggu.

Jelasnya lagi, anak bongsu mereka itu dilahirkan dengan berat lebih tinggi berbanding kakaknya sewaktu lahir, selain kagum dengan persamaan wajah kedua-duanya yang dianggap sama-sama 'cantik'.

Mengulas lanjut, Wong berkata beliau cukup terharu melihat kemampuan isterinya yang masih mampu menyusukan anak pada usia 58 tahun.

"Saya sangat bersyukur isteri dan bayi berada dalam keadaan sihat kerana keselamatan ialah keutamaan.

"Kali ini kami memilih rawatan IVF selepas mendapatkan khidmat konsultasi di Hospital Prince of Wales dan Pusat Perubatan The Chinese University of Hong Kong (CUHK).

"Saya harap pengalaman kami dapat membantu pasangan lain yang berhasrat mendapatkan zuriat di CUHK," katanya.

SAYS.com
Image via The Standard

Difahamkan, Chan kini dianggap mencatat rekod sebagai ibu paling tua di hospital tersebut, sekali gus menarik minat doktor untuk mengkaji kes berkenaan.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 2010 itu turut meluahkan rasa syukur kerana akhirnya impian memiliki dua orang anak perempuan tercapai, meskipun pernah berdepan cabaran besar termasuk kehamilan berisiko tinggi ketika usia 52 tahun.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: