Wanita Terkejut Kuota BUDI95 Miliknya ‘Dicuri’ & Dipakai Orang Tidak Dikenali

Wanita itu mendakwa BUDI95 boleh diisi tanpa menunjukkan MyKad.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita terkejut kuota subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) miliknya telah habis digunakan orang tidak dikenali

Perkongsian ini telah dibuat oleh Shahirah Aida di laman Threads miliknya, di mana dia percaya kuotanya telah dicuri melalui penyalahgunaan kad pengenalan (MyKad) miliknya.

Berdasarkan transaksi, pembelian tidak bertanggungjawab ini telah dilakukan di beberapa stesen minyak di Perlis terutama di lokasi berdekatan dengan sempadan negara di Perlis.

"Tolong semak ya korang punya transaksi BUDI95. Ada pihak tak bertanggungjawab seludup minyak di area sempadan Thailand guna IC. Patut tinggal 0 L. Tolong tularkan perkongsian ini! Saya dalam perjalanan untuk buat laporan polis," ujar Shahirah di Threads.

Tinggal di Kuala Lumpur tetapi pembelian minyak di Perlis

Wanita tersebut juga telah berkongsi beberapa sejarah transaksi BUDI95 yang dibuat di Caltex Kaki Bukit, Shell Beseri Kangar dan Padang Besar.

Berdasarkan resit yang dikongsi, transaksi dilakukan pada awal pagi seolah-olah orang tidak bertanggungjawab itu tidak mahu orang ramai sedar akan pembelian ini.

SAYS.com
Image via shahirahaida / Threads

BUDI95 boleh diisi tanpa menunjukkan MyKad, hanya beri nombor MyKad

Seorang pekerja stesen minyak memberitahu cara mengisi BUDI boleh disalahguna jika juruwang tidak telus.

Tidak diketahui orang ramai sebenarnya, BUDI95 boleh menggunakan nombor MyKad sahaja tanpa menunjukkan MyKad. Nombor itu boleh diisi melalui peranti khas untuk BUDI.

"Saya pekerja stesen minyak. Sebenarnya boleh guna nombor MyKad sahaja. Tetapi hanya boleh guna sistem melalui mesin BUDI dan hanya juruwang sahaja boleh buat. Jadi kalau jadi macam ini, memang kena terjah stesen itu," kata staf itu.

SAYS.com
Image via Perodua

Tinjauan di ruangan komen, mendapati kejadian itu turut berlaku kepada beberapa orang lain dan mengatakan bahawa nombor MyKad itu sebenarnya telah tertiris.

"Adik saya kena macam ini juga. Buat laporan polis dan terjah stesen minyak tersebut. Apabila periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rupanya warga asing guna dengan beri nombor kad pengenalan sahaja. Kaunter tak minta MyKad. Jadi dengan kaunter sekali kena maki." ujar pengguna yang lain.

"Benda yang sama jadi dekat anak saudara. Staf tidak telus. Ada rekod transaksi dan senyap-senyap guna budi walaupun tak isi minyak situ. Caltex je kena bayar manual kat kaunter. Elakkan Caltex," ujar seorang pengguna wanita.

Kejadian ini sangat merisaukan kerana kes pecah amanah yang telah diberikan kepada staf pekerja stesen minyak boleh disalahguna begini sahaja.

Shahirah juga mengatakan 150 L petrol itu telah diisi dalam jarak empat jam sahaja dan menyesyaki ini adalah kes penyeludupan minyak ke negara jiran.

Orang ramai dimohon untuk lebih berhati-hati bagi memastikan MyKad mereka tidak tertiris kepada orang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara berkongsi, hanya lima golongan pegawai dibenarkan melihat MyKad anda:

  1. Pegawai Pendaftaran Negara (Pegawai JPN)
  2. Pegawai polis
  3. Pegawai kastam
  4. Mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
  5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawal keselamatan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: