Wanita Terkejut Kentang Goreng Dapat ‘Secoet’, Tak Sepadan Dengan Harga Dibayar

Memang sikit betul dia letak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak dinafikan, kadangkala ada masanya kita malas untuk keluar membeli makanan dan memilih untuk membuat pesanan secara dalam talian sahaja

Dengan hanya beberapa klik, makanan boleh sampai terus ke depan pintu rumah tanpa perlu bersusah payah.

Perkhidmatan order online ini sememangnya mempunyai banyak kelebihan seperti menjimatkan masa, lebih mudah dan pilihan makanan yang pelbagai.

Namun begitu, tidak semua pesanan yang diterima akan memenuhi jangkaan, terutama dari segi kuantiti dan kualiti makanan.

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas menerima pesanan makanan yang dianggap tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

SAYS.com
Image via Threads

Kuantiti tak sepadan dengan harga

Menerusi perkongsian di laman Threads, dia menceritakan pengalamannya membeli kentang goreng di sebuah gerai western.

"Mencari makanan untak anak yang tak sihat, sekali beli fries dapat banyak ni je dengan harga RM5.50. Terlampau sedikit dan tak sampai 20pcs pun fries tu. Ni kalau timbang entah berapa gram je hmmm.." katanya.

Tambahnya lagi, situasi tersebut agak mengecewakan dan dia berharap pihak pengurusan dapat menambah kuantiti makanan yang dijual kepada pelanggan pada masa akan datang.

"Agak mengecewakan sis Hopefully next time management diorg perbanyakkan amount fries yang dijual kepada customer," katanya.

Perkongsian itu kemudian menjadi perhatian ramai warganet yang turut terkejut melihat kuantiti kentang goreng yang diterima.

Ada yang berkongsi pengalaman serupa, manakala ada juga yang berpendapat harga makanan kini semakin tidak sepadan dengan jumlah yang diberikan.

SAYS.com
Image via Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik