Wanita Terkejut Didatangi Pelancong China Ketika Makan Yang Mahu Belajar Makan Guna Tangan

Baru dia tahu senang je makan pakai tangan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @fanamazli (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak dapat dinafikan, amalan makan menggunakan tangan memang sudah menjadi satu kebiasaan yang sangat sinonim dalam budaya masyarakat kita terutamanya dalam kalangan orang Melayu

Bukan sekadar cara makan, ia juga mencerminkan adab, tradisi dan warisan turun-temurun yang masih diamalkan hingga ke hari ini.

Malah, bagi sesetengah orang, makanan dikatakan terasa lebih enak dan 'feel' bila dimakan menggunakan tangan, terutamanya apabila menikmati hidangan seperti nasi lemak, nasi kandar, atau lauk kampung berkuah.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi situasi selepas dia didatangi pelancong asing yang memintanya untuk mengajar cara makan menggunakan tangan.

SAYS.com
Image via @fanamazli (TikTok)

Nak belajar pakai tangan sebab kedai kehabisan sudu pada waktu itu

Menerusi video di akaun TikTok @ fanamazli, pemilik video itu kelihatan sedang berada di sebuah kedai makan bersama kakaknya.

Sedang asyik menikmati makanan, mereka menyedari seorang warga emas memandang ke arah mereka berulang kali.

Rupa-rupanya, ketika itu sudu di kedai sudah kehabisan. Daripada berlapar, warga emas itu memilih untuk bertanya dan belajar terus daripada mereka yang dilihat mahir.

Tindakan itu bukan sahaja menunjukkan keikhlasan untuk mencuba budaya tempatan, malah membuktikan bahawa mencari ilmu itu tak mengenal usia dan kadangkala, ia bermula dari sesuatu yang kecil seperti sepinggan nasi.

Difahamkan, warga emas itu berasal daripada negara China yang datang ke kedai bersama menantu perempuannya yang asal Malaysia.

Lihat video itu di bawah:

@fanamazli

Tengok video ni aku senyum sorang2 , Simpan buat kenangan sebab jarang nak jumpa mcm ni nak nak kena tang kita 🤭 sorry ya @lizakhanoon aku post dulu 🤣

♬ Kenangan yang tersimpan – Asyari irfan

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik