Wanita Terasa Hati Dengan Sikap Suami, Sanggup Sorok Remote Aircond Gara-Gara Terlupa Tutup
Pelik betul perangai suami dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular di media sosial baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa sedih selepas satu insiden berlaku dalam rumah tangganya
Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata sudah menjadi rutin hariannya untuk menutup semua suis di ruang tamu sebelum dia tidur.
Nak dijadikan cerita, ada satu hari dia terlupa untuk menutup suis aircond sehingga ia membuatkan suaminya bengang.
"Tak tahu lah cerita ni kelakar ke sedih. Setiap hari sebelum i dgn anak i masuk bilik tidur, i yg akan off semua suis dekat ruang tamu. Husband dah masuk bilik dulu.
"Ada satu hari tu mungkin i ingat dah off aircond sebab bila kita tekan remote tu kan ada bunyi. So i assume mmg dah off lah kan. So keesokan harinya husband i kejut i and terus tanya kenapa tak off aircond. I macam terkedu waktu tu sebab terjaga mengejut.
"Lepas tu i jawab lah 'rasanya dah off semalam'. And husband terus cakap 'mana ada off!" dgn nada yg sedikit bengang. Bila i nak jawab balik terus dia keluar dan tutup pintu bilik. Baru je cakap dua tiga patah," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Jenamaaircond.mySuami sampai bawa remote aircond pergi ke pejabat sebab tak nak isteri pasang
Menurut wanita itu, selepas insiden tersebut rumah mereka tidak dipasang aircond selama dua hari.
"Siang tu mmg tak on aircond terus and i perasan remote aircond pun entah kemana. I suspect husband sorok dalam beg kerja. 2 hari berturut tak on aircond.
"Masuk hari ketiga i on direct dekat aircond tu sendiri. And bila husband balik kerja dia macam terkejut jugak tengok aircond boleh on. I cakap lah kan ada tempat on dekat situ. Then i terus tanya 'bawak remote pergi office ke?' Dia jawab 'eh mana ada. Dah letak tempat yg sama hari tu'.
"So bila dah cukup seminggu i terus check beg kerja husband. Yes memang ada remote dalam tu. Lepas tu i cakap lah yg i jumpa remote tu dalam beg dia. Then dia cakap dia tak tahu pun ada dalam tu. Mana mungkin tak tahu. Bahagian yg sama dia simpan wallet, handphone, powerbank dan ubat yg dia makan hari-hari," katanya lagi.
Tambah wanita itu lagi, apa yang membuatkannya lagi sedih adalah selama ini dia turut membantu suaminya untuk bayar bil elektrik rumah

Gambar sekadar hiasan.
Image via Pinterest"Lepas dia cakap macam tu i malas nak panjangkan cerita. I buat je macam tak ada apa-apa. Tapi jujurnya mmg kecil hati sebab sanggup dia bawak remote tu hari-hari pergi kerja semata tak nak bagi i on aircond.
"Padahal sebelum ni i selalu je topup bayar bil elektrik bila i tengok lebih dari kebiasaannya. I bayar siap-siap sebelum dia tengok bil tu.I tahu dia bengang. So i cakap dekat dia takpe i bayar balik. Masa dia dalam toilet i terus transfer duit dekat dia. I bayar double daripada daily rate.
"And lepas tu kami terus tak bercakap. Dia pun terus tidur bilik lain. Mungkin mmg salah i. Sepatutnya i off je terus main switch mesti aircond off terus. Hmm," luahnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 