Wanita Tempah Bantal Wajah Arwah Suami Supaya Anak Tak Lupa Kasih Seorang Ayah
Allahuakbar, sebaknya.
Cover image via @stnrbzr (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Call me crazy, call me stupid. I don't care"
Itulah luahan seorang wanita di laman Threads baru-baru ini yang kehilangan suami tercinta, namun tetap mencari cara agar anak mereka terus mengingati insan bergelar ayah.
Menerusi perkongsian menyentuh hati itu, wanita tersebut mendedahkan dia telah menempah bantal khas yang dicetak dengan wajah arwah suaminya. Bantal itu bukan sekadar hiasan, tetapi menjadi 'pengganti' untuk anaknya melepaskan rindu.

Menurutnya, setiap malam sebelum tidur, dia akan mengajar anaknya membaca doa dan menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya
"Everyday I will teach budi to say a prayer to his ayah before bed then budi will say Ilove u ayah and kissed the pillow. Al- Fatihah suami ku Muhammad Nor Fazreeq bin Mohd Shaffi. Day59," tulisnya.
Walaupun ada yang mungkin memandang pelik tindakannya, wanita itu mengakui dia tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Baginya, jika usaha kecil itu mampu membuatkan anaknya sentiasa mengingati kasih dan kewujudan seorang ayah dalam hidupnya, itu sudah lebih daripada cukup.
Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang turut tersentuh dengan kekuatan seorang isteri dan ibu dalam menghadapi ujian kehilangan. Ramai mendoakan agar dia terus tabah membesarkan anak serta diberikan ketenangan.



Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



