Wanita Selamba ‘Shopping’ RM400 Guna MyKad Curi, Duit Bantuan SARA Habis Lesap
Banyak tu sampai RM400, harap pelaku segera ditangkap.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita terkedu apabila mendapati wang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikumpul selama ini untuk membeli barangan keperluan rumah lesap sekelip mata selepas digunakan oleh individu tidak dikenali untuk berbelanja di pasar raya
Menurut laporan Kosmo!, Norasyikin Turmingan, 30, berkata, dia dan suami mula menyedari kejadian itu apabila MyKad suaminya hilang pada awal September lalu.
Mereka kemudian membuat semakan baki bantuan melalui laman web MyKasih dan terkejut apabila mendapati baki yang tinggal hanyalah RM1 lebih untuk SARA dan RM11 untuk MyKasih.
"Terkejutnya kami apabila dapati MySara tinggal RM1 lebih macam tu, yang bantuan MyKasih pula tinggal RM11. Kami tak pernah guna, sebab niat nak kumpul beli barang rumah sekali banyak.
"Sebab sebelum ni bila kami pergi ke pasar raya mesti sistem 'down'. Tapi tak sangka jadi begini," katanya.

Empat transaksi, tiga pasar raya berbeza
Lebih menyedihkan, hasil semakan mendapati pelaku telah melakukan empat transaksi di tiga pasar raya berbeza pada 4, 6 dan 7 September, dengan jumlah perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM400.
Rakaman CCTV yang diperoleh menunjukkan suspek merupakan sepasang suami isteri berusia lingkungan 40-an.
"Asalnya suami cakap kalau orang susah ke orang tua halalkan sahaja. Tapi susah sebab duit itu hak kami. Sedih sebab kami kumpul untuk beli barang keperluan rumah. Saya nak hak saya balik, sebab tu saya buat laporan polis," katanya lagi.
Norasyikin yang bekerja sebagai peniaga berkata, mereka telah membuat laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor semalam untuk memastikan pelaku ditangkap.

Cadang bantuan disalurkan terus ke akaun bank
"Boleh tegas sedikit lepas ni, sama ada kalau nak beli barang tu pakai kata laluan ke. Atau semak sama ada betul ke yang membeli tu pemilik kad pengenalan tersebut," katanya.
Sebelum ini, hantaran Norasyikin di Facebook tular apabila dia memohon bantuan orang ramai untuk mengenal pasti suspek yang menggunakan kad pengenalan suaminya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil membantu siasatan polis bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 