Wanita Sanggup Ulang Alik Dari Cyberjaya Ke Johor 5 Jam Sehari Demi Kerjaya

5 jam sehari drive pergi kerja? Wow!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @elle.eisha (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita tular di TikTok selepas mendedahkan rutin hariannya yang memerlukan dia memandu lima jam sehari dari Cyberjaya ke tempat kerjanya di Bukit Kepong, Johor

Wanita berusia 34 tahun bernama Elle Eisha itu berkongsi bahawa perjalanan ulang-aliknya mengambil masa kira-kira dua jam setengah setiap hala yang dilakukan lima kali seminggu.

Menurut Elle, perjalanan tersebut merentasi empat negeri dengan jarak hampir 400 kilometer setiap hari, sesuatu yang diakui "amat memenatkan dari segi fizikal dan mental".

Menjawab pertanyaan seorang netizen, Elle turut mendedahkan kos petrol dan tol sahaja mencecah RM2,000 sebulan dan ia belum termasuk tayar, minyak enjin, serta kos penyelenggaraan lain.

SAYS.com
Image via @elle.eisha (TikTok)

Bercakap kepada SAYS, Elle berkongsi bahawa dia akan keluar dari rumah dari Cyberjaya seawal jam 4.45 pagi setiap hari dan hanya pulang semula sekitar jam 2 petang

Ditanya mengapa tidak berpindah lebih dekat dengan tempat kerja, Elle menjelaskan bahawa dia mahu terus tinggal bersama keluarganya di Cyberjaya.

"Saya pernah berada dalam profesion ini selama lima tahun, dari 2013 hingga 2018, sebelum berhenti untuk menguruskan perniagaan sendiri.

"Tahun lepas, saya ambil keputusan untuk kembali, dan sekarang sudah enam bulan saya berkhidmat. Saya faham bahawa saya hanya boleh memohon pertukaran selepas melengkapkan dua tahun perkhidmatan," jelasnya.

Elle turut menambah bahawa walaupun perbelanjaan perjalanan mencecah lebih RM2,000 sebulan, dia masih mampu menampung kos sara hidupnya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik