Wanita Rusia Terkejut Rakyat Malaysia Tak Ambil Peluang & Amalkan Minum Santan Segar
Santan jadi ais smoothie, kucing dia pun suka.
Cover image via @katrinviolinqueen (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, santan adalah bahan penting dalam masakan Malaysia, dari masak rendang sampai lemak cili api
Tapi kalau mentah? ramai yang tak sanggup nak telan sebab rasa dan teksturnya yang agak 'pekat'.
Tapi lain pula ceritanya di Rusia. Rupa-rupanya, ada rakyat di sana yang minum santan mentah macam air biasa! bukan sebab suka rasa dia, tapi kerana mereka percaya santan mentah ada khasiat tertentu untuk kesihatan tubuh badan.
Namun, lain pula dengan perkongsian seorang wanita Rusia ini mengenai kebaikan santan menjadi perbualan.

Dakwa santan ada kebaikan untuk kecantikan
Menerusi sebuah video di akaun TikTok @katrinviolinqueen, seorang wanita Rusia meluahkan rasa hairan dan terkejut apabila mengetahui bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah minum santan mentah, walaupun ia mudah didapati di pasaran tempatan.
Baginya, santan bukan sekadar bahan masakan, tetapi juga minuman sihat yang boleh dinikmati begitu saja.
"Apabila saya berpindah ke Malaysia, saya terkejut apabila mengetahui bahawa orang tidak pernah minum mentah santan itu sendiri," katanya.
Wanita Rusia itu turut berkongsi bahawa dia agak terkejut apabila tahu rakyat Malaysia hanya guna santan dalam masakan seperti kari atau tom yam, tanpa tahu bahawa proses memasak sebenarnya boleh hilangkan banyak nutrien penting yang ada dalam santan.
Menurutnya, santan mentah kaya dengan asid laurik dan antioksidan semula jadi. Ia dua bahan hebat yang boleh bantu kulit nampak lebih glowing dan otak lebih fokus.
Bagi yang nak cuba, dia cadangkan satu trik mudah iaitu dengan bekukan santan dalam kiub ais, dan ambil satu setiap pagi sebagai rutin kesihatan. Tak perlu masak, terus makan.
Kalau nak lebih sedap dan kreatif, katanya santan juga boleh dijadikan pencuci mulut sihat, campur saja dengan biji chia, sedikit gula melaka dan hirisan mangga. Gabungan yang bukan je sihat, tapi sedap dan menyegarkan.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



