Wanita Rugi RM1.47 Juta Ditipu ‘Lee Jung Jae Palsu’, Ingat Bintang Squid Game Sebenar

Mangsa tidak teragak-agak untuk membuat transaksi selepas dia diminta sejumlah wang oleh suspek.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Oddity Central
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berusia lingkungan 50-an di Korea Selatan berdepan detik malang apabila kerugian lebih 500 juta won (kira-kira RM1.47 juta) selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pelakon terkenal siri Squid Game, Lee Jung-jae, lapor Oddity Central

Mangsa yang hanya dikenali sebagai A. dilaporkan mula berhubung dengan suspek melalui media sosial sebelum terpedaya dengan penyamaran tersebut.

Individu terbabit menggunakan imej pelakon itu yang dijana melalui kecerdasan buatan (AI) bagi meyakinkan mangsa bahawa dia sedang berhubung dengan bintang sebenar.

"Ini adalah pelakon Lee Jung-jae. Saya mesej anda untuk berkomunikasi dengan peminat," kata penyamar kepada A sebelum perbualan mereka beralih ke aplikasi pemesejan, Kakao Talk. 

SAYS.com
Image via Oddity Central

Termakan janji manis dan buat transaksi selepas diminta sejumlah wang oleh suspek

Terpedaya dengan janji manis, wanita dikenali sebagai A. akhirnya terjerat dalam permainan licik penipu berprofil tinggi itu.

Tanpa berfikir panjang, dia melakukan beberapa transaksi kewangan selepas suspek yang menyamar sebagai bintang Squid Game, Lee Jung-jae, meminta sejumlah wang atas pelbagai alasan.

"Penyamar itu memberitahu saya dia akan melangsaikan hutang selepas kembali ke Korea Selatan.

"Saya percayakan dia. Dia sering mengemukakan pelbagai alasan untuk meminta wang seperti terkandas di lapangan terbang negara lain tanpa boleh pulang," katanya kepada polis selepas menyedari dirinya menjadi mangsa tipu daya.

SAYS.com
Image via Oddity Central

Menurut Agensi Polis Wilayah Gyeongsang Selatan, siasatan awal mengesahkan A. sebagai mangsa penipuan dalam talian berunsur kecerdasan buatan (AI).

Namun, identiti sebenar penyamar Lee Jung-jae masih belum dikenal pasti, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan jenayah siber yang menggunakan teknologi AI untuk memperdaya mangsa dengan cara yang semakin realistik dan meyakinkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: