Wanita Pesan Jangan Sembarangan Tolong Bawa Beg Orang Tak Dikenali di Lapangan Terbang

Jangan sesekali tolong bawa atau pegang beg orang tidak dikenali.

Enlarge text
Cover ImageCover image via shhrun (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular satu video di Threads menunjukkan seorang wanita tidak dikenali meminta tolong untuk membawa beg miliknya

Kejadian ini berlaku di bahagian pos pemeriksaan keselamatan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Dikongsikan oleh shhrun_ di Threads, dia sedang sibuk untuk memastikan kedua-dua anaknya mempunyai beg mereka dan tiba-tiba didatangi oleh seorang wanita yang mahu meminta 'tolong' untuk memegang begnya.

SAYS.com
Image via shhrun_ (Threads)

Video itu kebetulan sedang direkod oleh adik iparnya.

Aksi shhrun dalam video tersebut memberi banyak kesedaran awam dan perhatian kepada netizen mengenai keselamatan dan bahaya menerima sesuatu yang bukan milik kita di lapangan terbang.

Jangan terima atau mengambil barang atau beg orang tidak dikenali

Ramai komen di Threads tersebut mengatakan menerima beg orang lain boleh membawa kepada perkara tidak diingini berlaku.

Satu komen dari Didi_Embok yang merupakan seorang staf di lapangan terbang memuji tindakan shhrun.

"Saya staf lapangan terbang. Tindakan yang bagus. Jangan pandang mudah hal ini okey. Banyak dah kes orang suruh bawa beg sebab dalam beg tu ada 'sesuatu'," katanya.

Seorang lagi pengomen bernama halimahtonsaadiah_ juga memesan perkara yang sama.

"Sebab itu jika pergi lapangan terbang. Jika ada orang suruh pegangkan, jagakan sekejap, cakap sahaja TIDAK BOLEH. Sebab apa? Sebab kita tidak tahu apa yang ada di dalam tu. Entah ada dadah nanti menyesal jadi keldai dadah," ujar halimahtonsaadiah.

Video 26 saat ini bakal menjadi peringatan untuk orang ramai untuk sentiasa berjaga-jaga ketika di lapangan terbang.

Jika ada menyesyaki sesuatu, mohon buat laporan kepada pihak berkuasa di lapangan terbang, pegawai polis atau imigresen yang berdekatan.

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: