Wanita Minta Bayaran Deposit RM30 Tanpa Resit Untuk Daftar Wad Bukan Petugas Hospital – HSA
Harap tak ramai yang jadi mangsa dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa berlaku kejadian mencurigakan ketika proses pendaftaran masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini
Menurut perkongsian di laman Threads, kejadian berlaku ketika ibunya sedang menguruskan kemasukan ayahnya ke wad selepas dimasukkan untuk rawatan.
Ketika berada di kaunter, seorang petugas wanita yang menjaga nombor giliran didakwa memaklumkan bahawa bayaran sebanyak RM30 diperlukan untuk pendaftaran masuk wad.
Namun, situasi tersebut menjadi persoalan apabila ibu kepada pengguna tersebut tidak menerima sebarang resit atau dokumen rasmi sebagai bukti bayaran.

Lebih mencurigakan, wanita berkenaan didakwa terus memasukkan wang yang diterima ke dalam poket seluarnya
"Tambahan mak saya baru bagitahu tadi, masa mak saya bayar tu dia ada ckp tak puas hati dkt budak tu sebab takde resit takde surat kenyataan yg kena bayar RM30 dan budak perempuan tu lepas amik duit RM50 dia terus masuk poket seluar dan baki pun amik dari poket seluar," katanya.
Susulan tularnya hantaran itu, pihak hospital berkenaan tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang terjadi.

Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 