Wanita Luah Kecewa Beli Ayam Berulat Di Bazar – “Aku Tak Halalkan Duit Ni”

Meremang bulu roma tengok ulat dalam ayam tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Naziee (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hasrat seorang wanita untuk menyokong peniaga tempatan di bazar Ramadan bertukar kecewa apabila ayam goreng yang dibelinya didakwa mempunyai ulat

Menerusi perkongsian di TikTok, pengguna dikenali sebagai Naziee meluahkan rasa sedih selepas mendapati juadah yang dibeli di Bazar Taman Jana, Taiping, Perak tidak seperti diharapkan.

Menurutnya, dia pada awalnya memang tidak bercadang untuk memasak kerana mahu menyokong peniaga di bazar berkenaan.

"Sihat ulatnya tengah menari. Niat hati hari ini memang tak nak masak sebab nak support peniaga Bazar Taman Jana konon. Tapi tak sangka pula ini 'rezeki' yang saya dapat," katanya.

Anak jerit sebaik buka bekas makanan

Naziee berkata, kejadian itu hanya disedari selepas anaknya menjerit sebaik membuka bekas makanan tersebut.

"Nasiblah anakku belum makan lagi ayam tu. Buka je dia jerit 'Mamaaaa! Ada ulat!'," katanya lagi.

Menurutnya lagi, dia terkilan kerana sebagai pelanggan, dia membeli makanan menggunakan wang sendiri dan mengharapkan kualiti yang setimpal.

"Tolonglah peniaga, kalau nak berniaga tu biar ada keberkatan. Kita beli guna duit, bukan minta percuma. Janganlah sebab nak untung cepat, kebersihan dan kualiti makanan tolak tepi.

"Ini bukan setakat rugi duit, tapi dah spoil mood nak berbuka puasa satu keluarga. Aku memang tak halalkan duitku untuk makanan macam ni. Nasib saya bayar guna QR ada bukti,"
luahnya.

Dalam pada itu, Naziee bersyukur kerana seorang rakannya tampil membantu dengan menghantar lauk dan nasi sebagai ganti juadah berbuka yang rosak itu.

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa jijik dan simpati terhadap wanita berkenaan.

Ramai turut menggesa pihak berkuasa tempatan agar memperketatkan pemantauan di bazar Ramadan bagi memastikan tahap kebersihan makanan sentiasa terjamin, sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang.

Lihat video di bawah:

@naziana_nazeri

Sihat² ulat nya tengah menariii 😅 Niat hati hari ni memang tak nak masak sebab nak support peniaga Bazar Taman Jana konon . Tapi tak sangka pula, ini "rezeki" yang saya dapat. Sedih dan kecewa sangat bila peniaga tak jujur macam ni. Tolonglah peniaga, kalau nak niaga tu biar ada keberkatan. Kita beli guna duit, bukan minta percuma. Janganlah sebab nak untung cepat, kebersihan dan kualiti makanan tolak tepi. Ni bukan setakat rugi duit, tapi dah spoil mood nak berbuka puasa satu keluarga! Aku memang tak halalkan duit ku untuk makanan macam ni. Moga jadi pengajaran buat peniaga lain juga. nasib la anak Ku Belum makan lagi ayam tu..bukak² dia jerit mamaaaa ! Ada ulat ! 😤 Yang komen jangan Komen "sbb tu aku tk rajin nak mmbeli di bazaar" itu Kau bukan aku..Aku punya duit tak mintak duit Kau haa .aku tengah spoil mood ni 😅 Nasib ada bestie baik hati hantar lauk n Nasi . thankyou bestiee kuu 😌 📍 Lokasi: Bazar Taman Jana, Taiping. (Sila hati-hati ya semua kalau nak membeli). #bazartamanjana #taipingperak #kamuntingperak #boikotpeniagatakjujur #ramadan2026

♬ original sound – naziee – naziee

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via