Wanita Kongsi ‘Tips’ Untuk Ibu Bapa Pilih Kasut Bayi & Kanak-Kanak Yang Sesuai
Ibu bapa perlu cakna, pastikan kasut anak ergonomik.
Cover image via AmiyryuuFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemilihan kasut yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak sangat penting untuk menjaga kesihatan dan pembesaran kaki mereka
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita perlu mengambil tahu setiap keputusan yang boleh memberi impak kepada kehidupan seharian mereka.
Baru-baru ini terdapat satu video TikTok yang telah berkongsikan tips dalam memilih kasut yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.

Pemilihan kasut yang salah boleh memberi impak negatif kepada pembesaran kaki bayi dan kanak-kanak.
Perkongsian ini dibuat oleh amiyryuu di TikTok.
@amiyryuu Awareness pemilihan kasut baby. Mommies daddies selalu beli kasut macam mana untuk baby? boleh share tak? 😁 SUMBER 1. https://www.mdpi.com/2227-9067/11/7/761 2. https://twolittlefeet.sg/blogs/little-reads/5-tips-by-a-podiatrist-when-choosing-footwear-for-your-child 3. https://www.straitspodiatry.com/the-complete-guide-to-choosing-kids-footwear #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #mom #momsoftiktok #dadsoftiktok #parentsoftiktok #baby #kids #parents #babytiktok #parenting #awareness ♬ original sound – amiy RyuuArdani
Jangan beli kasut tidak fleksibel untuk anak
Amiyryuu mengatakan perkara pertama yang perlu dielakkan adalah kasut yang tidak fleksibel dan susah untuk dibengkokkan.
"Sangat tidak ergonomik untuk bayi yang baru nak belajar berjalan," katanya.
Kasut-kasut yang menyerupai kasut berjenama itu juga tidak mempunyai 'arch support' iaitu bahagian lengkungan di dalam kasut yang memberi sokongan kepada lekuk di tapak kaki kita.

Jika tidak mempunyai 'arch support' berkemungkinan anak-anak akan mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit Plantar Fasiitis atau dikenali sebagai flat foot, kaki itik.
Penyakit ini boleh merebak daripada menyakitkan tumit ke lutut dan belakang.
"Betul kasut sebegini nampak comel, gebu dan selesa. Tetapi sebenarnya kasut sebegini sangat tidak ergonomik untuk bayi," ujar Amiyryuu.
Jadi kasut apa yang sesuai untuk anak?
Kasut yang dibeli itu perlulah ergonomik untuk anak-anak.
Tambahan lagi, kasut itu juga perlulah mempunyai fabrik yang lut udara (breathable) supaya dapat mengurangkan peluh di kaki akibat pengudaraan yang baik.
Paling penting juga, kasut tersebut mestilah mempunyai 'arch support'.

Bagi kasut sukan atau berlari pula, kasut itu perlu mempunyai bahagian depan kaki yang luas dan tidak sempit. Ia juga perlu fleksibel.
Ini adalah untuk mengelakkan dari mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kaki anak.

"Biar kaki anak membesar dengan semulajadi," tambah Amiyryuu.
Paling penting setiap kasut itu perlulah ergonomik dengan arch support, fleksibel, dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



