Wanita Kongsi Seminggu Diganggu ‘Sesuatu’ Di Siling Ruang Tamu, Akhirnya Terjawab Dalam CCTV

Comel jer penampakan tolak lampu bersua kepala.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @_sarahkamilla / Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita di Threads telah berkongsi akhirnya dia berjaya menjawab persoalan entiti yang menolak lampu dari siling plaster rumahnya

Dikongsikan oleh @_sarahkamilla_ di Threads, dia telah cuba untuk mengenalpasti benda apakah yang merosakkan lampu di siling plaster rumahnya.

Pada mulanya dia menyangka ia adalah tangan, musang, tikus atau kucing. Tetapi persoalan ini tidak terjawab selama seminggu.

"Kejadian pelik dan seram malam ini, kalau musang pandang takda bau pandan, tikus? takkan la panjang tangan dia, kucing? dari mana?," soal Sarah di Threads minggu lepas.

Akhirnya setelah mendapat rakaman litar tertutup (CCTV) telah menjawab apakah itu 'entiti' misteri tersebut.

"Minggu ni jadi lagi. Siap nampak muka," kata Sarah di Threads.

Persoalan akhirnya terjawab apabila penampakan berlaku

Semalam Sarah akhirnya berkongsi rakaman CCTV di rumahnya.

Semua ini menjadi tanda tanya yang lebih 'menyeramkan' kerana Sarah menggunakan lagu seram untuk rakaman CCTV yang dikongsinya.

Rupa-rupanya selama ini ada seekor kucing yang menyembunyikan diri berada di atas siling plaster rumahnya yang menolak lampu untuk jatuh ke bawah.

SAYS.com

Penampakan tragedi.

Image via @_sarahmkamilla_ / Threads

Di rakaman itu kucing tersebut telah menolak lampu dengan kaki depannya kemudian mengeluarkan kepala untuk melihat keadaan ketika itu.

Sudah semestinya netizen juga berkongsi pendapat dan lebih mengejutkan bukan Sarah seorang sahaja yang pernah mengalami pengalaman ini.

Dikongsikan oleh @cikraima, dia juga mempunyai masalah yang sama apabila kucing bersembunyi di dalam siling plaster.

"Sis, rumah saya pun kena. Jelas muka pelaku. Nak kena report kat mana ya ni?" ujar cikraima.

SAYS.com
Image via @cikraima / Threads

Beberapa komen yang lain juga terkejut menyangka 'gangguan' ini adalah makhluk tidak diingini.

"Laa kucing rupanya. Tarik misai dia," ujar @munaaina.robialaraubiah.

"Hantu be like 'asyik-asyik aku kena", kata @mrs.syaaa_.

"Ingatkan syaitan, rupanya majikan," ujar seorang pemuda bernama @azlan0714.

"Harap pelaku dibawakan ke mahkamah untuk hukaman yang sewajarnya…. ," kata @azfr.yzid.

Haiwan-haiwan seperti kucing, musang, kelawar, tikus, ular dan cicak selalu bersembunyi di bahagian atas bumbung rumah. Ada yang menggunakan kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka.

Dalam situasi ini, pengongsi sangat bernasib baik kerana ia bukanlah haiwan berbahaya tetapi jika haiwan berbahaya berada di atas siling, telefon dan mohon bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam atau Bomba.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: