Wanita Kongsi Pengalaman First Date Paling Geli – “Tiba-Tiba Lelaki Tu Cirit!”

Aduh, spoiled terus first date.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Forbes & AI photo
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap individu pasti mengharapkan temu janji pertama yang indah dan bermakna

Namun, berbeza pula bagi seorang wanita ini apabila pengalaman first datenya bertukar menjadi satu momen yang cukup memalukan dan tidak dapat dilupakan.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, wanita tersebut menceritakan bagaimana dia berkenalan dengan seorang lelaki melalui dating apps.

Selepas berhubung selama dua minggu, lelaki berkenaan kerap mengajaknya keluar sehingga akhirnya dia bersetuju untuk bertemu. Perancangan diserahkan sepenuhnya kepada lelaki itu memandangkan dia yang bersungguh-sungguh mahu berjumpa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Forbes

Namun, sebaik sahaja mereka bertemu, wanita itu terkejut apabila lelaki berkenaan mencadangkan untuk mandi pantai sebagai lokasi temu janji pertama

"So jumpela kitaorang, first expression Idekat dia biasa je, sama macam profile picture so no catfish issue, waktu tu I tanye dia 'kite nak gi mana ni?' pastu dia jawab 'hmmm kite pergi pantaila i dah lama tak mandi pantai'. MIND YOU I TAK BAWAK EXTRA BAJU AND gile ape first date mandi pantai.

"I try ajak dia pergi tempat lain tapi he insists and siap cakap takpe kalau i taknak join mandi, tbh i memang takde mood sebab i punya outfit tak sesuai ye nak jejak pergi pantai, memang suruh dia plan tapi agak agakla, tapi THIS IS NOT THE WORST.

"Sampai pantai, I cam takde mood so dia mandi je sorang sorang, I just acah acah duduk dekat atas and main tiktok, waktu ni memang teringin nak tinggal dia and pergi balik tapi I decided nak stay je,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via MaiSinggah.com

Keadaan menjadi lebih janggal apabila lelaki itu kembali ke kereta tanpa menukar pakaian, menyebabkan tempat duduk dipenuhi pasir dan basah

Dalam perjalanan pulang pula, lelaki berkenaan tiba-tiba memberhentikan kenderaan di kawasan kampung kerana tidak dapat menahan sakit perut sebelum masuk ke dalam semak.

Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa lelaki tersebut kembali ke kereta tanpa membersihkan diri dengan sempurna sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan.

SAYS.com

Gambar ilustrasi AI.

"After dah siap dia masuk kereta and I DAPAT RASE DIA TAK CUCI SEBAB BERBAUUU AND DIA TAK BAWAK AIR PUN WAKTU PERGI SEMAK, so I asked him you cuci pakai ape pastu dia cam gelabah cakap oh ada air pantai dekat situ.

"DIA INGAT AKU BODOH KE, SEMAK DENGAN PANTAI TU JAUH GILER AGAK AGAKLA GUNA AIR PANTAII, DAHLA BERBAUU MEMANG TAKDE MOOD. After that, kitaorang just diam and dia hantar i balik rumah, after that i terus block dia sebab i rase dia macam takde common sense,"
katanya lagi.

Walaupun lelaki itu menyifatkan temu janji tersebut sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan berhasrat untuk mengulanginya, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan dan menyekat nombor lelaki tersebut.

Lihat posting penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik