Wanita Kongsi Hikmah Accident Dengan Rider GrabFood, Rupa-Rupanya Ada Kisah Sedih

Sebak pula bila baca.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MYPT3 & @cllmejayy_ (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi cerita ketika dia dilanggar oleh seorang penghantar makanan telah meninggalkan kesan buat dirinya

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @cllmejayy_ di laman Threads, wanita itu berkata dia yang pada mulanya bengang kerana keretanya rosak akibat dilanggar oleh rider tersebut berubah menjadi sebak apabila dia berbual dengannya.

"Gais. Salam. Aku nak share story. Semalam aku eksiden. Budak grab langgar. Lepas langgar tu berhenti la we both kat side road. Aku memang la panas hati. Sebab kereta rosak disebabkan kecuaian org lain. Tapi budak tu tak benti benti minta maap kat aku. Dia ngaku salah dia.

"And part yang aku paling kesian dia cakap dia tak ada duit pun nak ganti. Even nak hulur kat aku pun dia takde. Aku perhati juga kot dia menipu. Tapi dia memang terduduk kat divider macam menung mikir,"
katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via MYPT3

Rider kongsi belum dapat order, baru keluar kerja dah accident

Menurut wanita itu lagi, dia hanya membuat laporan polis dan tidak meminta rider tersebut untuk membayar ganti rugi kerana dia merasa simpati terhadapnya yang tidak mempunyai duit.

Namun, apa yang membuatkannya lebih sebak adalah apabila rider berkenaan mula menceritakan kisah hidupnya.

"Aku tanya harini banyak tak order. Dia jawab belum lagi. Baru on grab tiba eksiden. Dia juga kata motor dia baru beli tak sampai sebulan. Sebab sebelum ni dia pakai motor lama. Rosak. And aku tanya.

"Habistu ni nak sambung order ke. Dia jawab tak lah kak. Saya nak balik la teman mak. Aku tanya mak duduk dgn siapa. Dia jawab mak duduk sorang. Sy anak tunggal. Aku tanya ayah mana. Ayah dia rupanya dah meninggal sejak dia usia 5 tahun. Mak dah tak kerja sebab dah berusia.

"Aku tanya lagi, awk takda order ye harini. Dia cakap takde kak. Bukan rezeki sy harini. Takpa esok ada lagi. Aku sangat la sedih. Aku rasa hidup aku diduga dgn ujian berat. Rupanya ada lagi yg hebat dari aku,"
katanya lagi.

Akhirnya, dia menghulurkan RM150 kepada rider tersebut sebagai duit belanja hari itu

"Aku hulur dia dalam 150 cmtu. Aku cakap ambil duit ni ganti gaji awk harini. Dia mati mati menolak. Dia kata dia yg langgar knp aku yg kene bagi duit. Aku ckp tak apa. Ada sebab benda ni jadi. Aku paksa dia ambil juga. Aku cakap awk masih ada mak yg perlu dibagi makan. Ambil duit ni pergi balik terus. Budak tu tunduk… dia mcm.. sedih.

"Dia cakap terima kasih banyak kali kat aku. Dia kata nanti dia senang dia singgah rumah. Aku pesan supaya bawa motor elok elok sbb ada mak yg tunggu dia kat rumah. Dia angguk paham. Banyak kali ucap terima kasih,"
katanya.

Lihat ciapan penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via