Wanita Kongsi Abang OKU Akhirnya Jadi Guru Selepas 10 Kali Ambil SPM & 2 Kali STPM

Difahamkan, abangnya merupakan pemegang kad OKU bagi pembelajaran.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @DrAinunNasihah (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita berkongsi kisah abangnya yang menjadi sumber inspirasi ramai kerana ketabahan dan semangat juangnya dalam menempuh perjalanan pendidikan yang mencabar

Menurut wanita itu di laman X miliknya, abangnya yang lebih tua dua tahun merupakan pemegang kad OKU bagi pembelajaran.

"He took SPM seven times, STPM twice, finally accepted into university and graduated Sarjana Muda Sastera, and now doing KPLI in his journey to become a teacher," ujarnya.

Walaupun abangnya lebih tua daripadanya, wanita tersebut mengambil peranan sebagai kakak untuk memastikan perjalanan abangnya ke universiti berjalan lancar.

Dia menguruskan pengambilan dari stesen bas, pendaftaran dan memastikan segala urusan berjalan dengan baik.

Menurut ibu mereka, abangnya dilahirkan melalui proses normal delivery tetapi dalam kedudukan songsang (breech presentation), menyebabkan proses kelahiran sedikit lewat.

Keadaan ini dipercayai antara faktor menyumbang kepada kesukaran pembelajaran yang dialaminya.

SAYS.com
Image via @DrAinunNasihah (X)

10 kali ambil SPM dan 2 kali ambil STPM

Menurut wanita berkenaan, abangnya dilahirkan dalam kedudukan songsang (breech) mengalami sedikit kelewatan ketika proses kelahiran, yang dipercayai menjadi punca masalah perkembangan pada awal hidupnya.

Abangnya dikategorikan sebagai pembelajar lambat (slow learner), mengalami masalah pertuturan, sering tenggelam dalam dunianya sendiri, dan menjadi mangsa buli fizikal serta mental di sekolah, walaupun ayahnya merupakan seorang guru di sekolah yang sama.

Perjalanan akademiknya penuh cabaran. Selepas cubaan kesepuluh menduduki SPM, abangnya memberitahu ibunya bahawa ia mungkin percubaannya yang terakhir, sambil menitis air mata.

Dedikasi yang sama membawanya untuk mencuba STPM sebanyak dua kali, seterusnya berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda Sastera, dan melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Sepanjang perjalanan tersebut, abangnya turut melakukan pelbagai pekerjaan sambilan, termasuk menjadi pengawal di hospital, sekolah, rumah orang tua dan membantu ayahnya di sawah padi, menunjukkan keazaman luar biasa serta kerja keras yang konsisten.

SAYS.com
Image via @DrAinunNasihah (X)

Kini secara rasmi memulakan kerjaya sebagai guru

Tambah wanita itu lagi, dalam satu sesi temuduga, abangnya telah diminta mengemukakan status kad OKU, yang dimilikinya kerana kategori pembelajaran.

Selepas keluar dari bilik temuduga, dia menangis kepada ibunya, mungkin kerana lega atau menyedari perjuangannya hampir tiba ke penghujung.

Dalam perkembangan terkini, dia secara rasmi memulakan kerjaya sebagai guru pada usia 37 tahun, sekali gus menandakan permulaan baharu dalam kehidupannya.

"Dia tetap dirinya, abang yang saya kenal sejak kecil. Masih seperti dirinya yang sebenar, sama seperti Forrest Gump di penghujung filem itu. Masih dirinya, tetapi dia telah mencipta sejarah melalui ketekunan dan keberanian, terus dari kehidupannya sendiri.

"Memang benar dia menerima sokongan hebat daripada ibu, bapa, dan semua adik-beradik kami. Tetapi satu fakta dalam hidup ialah, kita tidak boleh membantu seseorang jika dia sendiri tidak mahu dibantu, walaupun seluruh dunia menghulurkan tangan. Namun dalam kes ini, dia membantu dirinya sendiri, maka bantuan itu menjadi berkesan.

"Semoga berjaya dalam babak baru ini, usaha baru di tempat baru. Kami akan sentiasa berada di sisinya, sepenuhnya, selagi dia tetap berdiri teguh dengan dirinya sendiri, seperti yang telah dilakukannya selama ini," tulisnya.

Lihat hantaran di bawah:

SAYS.com
Image via @DrAinunNasihah (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest