Wanita Jumpa Banyak Ulat Dalam Jus Buah Yang Dibelinya, Pekerja Kafe Kata ‘Itu Normal’

Baik order baru jelah.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan sedang menikmati minuman segar, tapi tiba-tiba ternampak banyak ulat berenang-renang dalam gelas, memang terus hilang selera!

Itulah yang dialami oleh seorang wanita baru-baru ini apabila mendapati jus buah yang dibelinya di sebuah kafe mengandungi beberapa ekor ulat.

Menurut laporan Kosmo!, pengguna bernama Diyalee berkata di Threads, dia dan rakannya hanya menyedari perkara itu selepas hampir menghabiskan minuman tersebut.

"Air ada ulat, bukan seekor tapi banyak. Kami perasan selepas sudah hampir habis minum. Bukannya kedai tepi jalan pun," katanya.

Namun yang lebih mengejutkan, pekerja kafe tersebut didakwa langsung tidak meminta maaf, malah menganggap perkara itu 'normal'

"Sudah diberitahu, pekerja kata ia normal tanpa meminta maaf," katanya lagi.

Perkongsian tersebut segera mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang mencadangkan agar kafe berkenaan dilaporkan kepada pihak berkuasa, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Baru terfikir nak makan disana, tapi perangai pekerja macam tak ada adab, memang takkan jejak kaki langsung di situ. Sudahlah tidak jaga kebersihan, pekerja biadap pula. Memang takkan pergi sini," kata salah seorang warganet.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: