Wanita Jerkah Lelaki Cuba Raba Budak Umur 3 Tahun, Tegur Jangan Bagi Anak Pakai Skirt Pendek
Hati-hati parents di luar sana, jangan main tinggal je anak ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini di laman Threads, seorang wanita berkongsi situasi kanak-kanak perempuan ditinggalkan bapanya di depan tandas hampir diraba oleh individu tak dikenali
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Threads, wanita itu sempat menasihati ibu bapa di luar sana agar menjaga cara pemakaian anak terutamanya anak perempuan kerana ia boleh mengundang perhatian Pedophilia.
"Korang TOLONGGG laa kalau ada anak girl even dia tak baligh lagi pun, jgn laa pakaikan skirt pendek atas dari lutut tu. Aku dh shaking gila semalam," katanya.

Apa yang membuatkannya bengang, tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri kanak-kanak itu dan memegang pehanya
"Aku perhati je dia konon tolong tengok³ sambil borak dgn anak aku. Tiba² dtg sorang lelaki dtg duk sebelah dia. Dia duk tanya budak tu "Dik, knp duk sorang², ayah mana?"
"Budak tu ckp la papa pergi toilet. Pastu tiba² je aku tgk tangan dia duk pegang & gosok² PEHAAA budak tu. Aku dh mcm tak ley jadi ni.
"Aku jerkah teruss "Woiii !! " Kau buat apa kt peha budak tu, sesuka hati ehh pegang anak org ! "Suara aku bergetar taw time ni. Dan² dia cabut lari. Terus aku ambil budak tu duduk kt aku," katanya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 