Wanita Indonesia Dakwa Ditipu Ejen, Pasport Dilarikan Selepas Tiba Di Malaysia

Difahamkan, seramai 890 individu telah diperiksa dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan Malaysia & Kosmo!
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita warga Indonesia mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen pekerjaan selepas tiba di Malaysia dengan niat mencari rezeki, namun akhirnya ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat beli-belah di Cheras, semalam, 5 Februari 2026

Menurut laporan Kosmo!, wanita berkenaan, Sosilawati Muhammad Nur, 40, berkata dia baru seminggu berada di Malaysia sebelum menyedari dirinya ditipu oleh ejen yang menguruskan kemasukannya ke negara ini.

"Saya datang sini kerana mahu mencari kerja, tapi bila sampai, ejen tidak dapat dihubungi, pasport pula dibawa lari," katanya.

Menurut Sosilawati, dia menyerahkan bayaran sebanyak RM5,000 secara tunai kepada ejen terbabit sebaik tiba di Johor. Namun, pasport miliknya diambil dan tidak dipulangkan sehingga kini, manakala cubaan menghubungi individu tersebut gagal apabila nombornya telah disekat.

SAYS.com
Image via SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

"Ini kali kedua saya datang ke Malaysia selepas tahun 2020 untuk mencari pekerjaan. Saya cuba hubungi ejen itu tapi sudah disekat.

"Dengan hanya ada RM150, saya datang ke Kuala Lumpur untuk cari kawan saya di sini supaya boleh cari kerja. Baru nak jumpa kawan, dah kena tahan,"
katanya lagi.

Ibu kepada empat orang anak itu turut mendedahkan perjalanan hidupnya di Malaysia amat mencabar apabila terpaksa berjimat cermat dan bergantung kepada bantuan rakan

Malah, ada ketikanya tidur di luar sementara menunggu peluang pekerjaan yang dijanjikan.

Dalam operasi sama, seorang pemuda warga Myanmar berusia lingkungan 20-an turut mengakui tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah walaupun telah menetap di Malaysia selama tiga tahun.

"Saya baru kerja kedai makan sushi empat bulan. Rumah pun tak ada, hanya tidur di jalanan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Utusan Malaysia

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, seramai 890 individu telah diperiksa dalam operasi tersebut, melibatkan 458 warga asing dan 432 warga tempatan

"Daripada jumlah itu, 152 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan terdiri daripada 94 warga Myanmar, 40 warga China, enam warga Indonesia, dua warga Bangladesh dan 10 lain-lain negara yang kesemuanya berusia 21 hingga 42 tahun.

"Kesemua tahanan dikesan melakukan pelbagai kesalahan imigresen iaitu tinggal lebih masa, tidak mempunyai dokumen perjalanan sah serta salah guna permit atau visa yang diberikan,"
katanya.

SAYS.com
Image via Astro AwaniImage via

Beliau berkata, semua tahanan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen KLIA bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

"JIM akan melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan orang ramai serta majikan diingatkan sekali lagi agar tidak melindungi PATI atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang,"
tegasnya.

Terdahulu, operasi yang bermula sekitar jam 8 malam itu melibatkan seramai 112 pegawai penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan ke atas 19 premis kedai makan yang dipercayai dimonopoli oleh warga asing di kawasan berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: