Wanita Dipenjara 7 Tahun Atas Kesalahan Cabul Anak Lelaki Sendiri Di Melaka

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh tangkapan pada 3 Mac lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Gazette
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam (17 Mac) menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap seorang anggota tentera wanita

Ia selepas dia mengaku bersalah atas tindakan luar tabii terhadap anak kandungnya sendiri dalam satu kejadian, dua tahun lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, keputusan itu dibuat oleh Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sejurus tertuduh yang berusia 44 tahun itu memberikan pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

SAYS.com
Image via NSTP/FARHANA YAACOB

Sengaja melakukan amang seksual terhadap anak lelaki berusia 8 tahun

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang merupakan ibu kandung dan mempunyai hubungan amanah telah didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Perbuatan tersebut dilakukan dengan cara menghisap kemaluan kanak-kanak berkenaan bagi tujuan seksual di sebuah rumah yang beralamat di Taman Peruna, Sungai Udang, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 10.30 malam pada penghujung Disember 2024.

Susulan tindakan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman bagi kesalahan amang seksual fizikal serta hukuman tambahan kerana melibatkan individu yang mempunyai hubungan amanah terhadap mangsa.

Mengikut peruntukan undang-undang, Seksyen 14(a) membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan tambahan penjara maksimum lima tahun serta mandatori sekurang-kurangnya dua sebatan.

SAYS.com
Image via Malaysia GazetteImage via

Dalam prosiding tersebut, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin, memohon agar hukuman setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh yang hadir tanpa diwakili peguam.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang merupakan seorang ibu tunggal merayu agar mahkamah mengenakan tempoh pemenjaraan yang singkat atas alasan perlu menyara tiga orang anaknya selepas selesai menjalani hukuman kelak.

Selepas mempertimbangkan rayuan tersebut, mahkamah akhirnya menetapkan hukuman tujuh tahun penjara yang diarahkan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Mac lalu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: