Wanita Dedah Scammer ‘Pancing’ Letak Video Arwah Zara Di TikTok, Handphone Sampai Kena Reset
Ramai pula yang 'ride' kes arwah Zara ni, hati-hati guys!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengguna di Threads mendedahkan telefonnya digodam oleh scammer gara-gara dia tertekan video mengenai arwah Zara Qairina di TikTok baru-baru ini
Menerusi ciapan yang dikongsi oleh @syknanwr, wanita tersebut berkata pada mulanya dia hanya scroll video-video di TikToknya dan tertekan satu link akaun.
"I ada scroll vtt psl kes adik zara konon ada vid cctv tu. Tah mcm mana i tertekan link pd satu acc tt ni. And it was a scammer pnya acc korg. I cepat2 keluar dri web tu. And i sambung borak dgn my mom sbb battery phone habis.
"Bila i bkk phone i, i pelik sbb phone tu display mcm phone yg baru beli. Kena setting mcm phone baru," tulisnya.
Apa yang membuatkannya terkejut adalah akaun Gmailnya tidak boleh diakses
Malah, telefon bimbitnya seperti baru dibeli kerana semuanya telah reset.
"I teruskan log in acc gmail mcm biasa. I ada 2 acc gmail. Satu utk benda2 formal yg penting cth kerja or hal2 rasmi and 2nd gmail mostly utk apps xrasmi cthnya game. And guess what? I TAK BOLEH LOG IN ACCOUNT TU.
"I panggil my husb sbb i xpandai phone android. Bfore this guna ip. Then we try several times to log in masih gagal. Acc tu i dh recover guna gmail, and recover guna phone num. Tapi xmembantu. That scammer guna FIND HUB and factory reset phone i. Find Hub ni kita biasa guna utk reset phone kalau kena curi
"Then i dpt masuk, i berlawan dgn scammer tu sbb dia asik sign in bnyk kali. I kena tendang keluar again dri gmail tu. And phone i FACTORY RESET AGAINNN!!!!" tulisnya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Jakarta PostScammer sempat tukar step verification guna email dan nombor telefon
"Ya allah i dh nangis. But husb suruh fight again. Try masuk. And this time around tk dpt. Sbb scammer tu tukar step verification guna email and phone number dia. Oklah i tk risau sngt tu, i try masuk semua apps yg guna email tu. Paling sedih dia kacau acc mobile legend i. Acc moonton gais.
"End up I ckp dgn husband, takpelah lepaskan jela acc Gmail tu bersama dengan acc ml tu. Sedih but pengajaran juga utk I. Almost over 5years pnya ml acc. Apa yg I belajar, tak semua benda akan kekal selamanya," katanya.
Wanita itu juga sempat berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah terpancing atau menekan apa-apa pautan link di media sosial.
Lihat Threads di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 