Wanita Dedah Housemate Pengotor Level ‘Extreme’, Makanan Sampai Berkulat Pun Buat Tak Tahu
Ya Allah, pengotor ya amat!
Cover image via ThreadsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa geram apabila terpaksa berdepan dengan sikap pengotor rakan serumah yang langsung tidak ambil peduli soal kebersihan
Menerusi satu hantaran di Threads oleh @ummu__ahmd, dia berkongsi keadaan menyedihkan apabila menemui bungkusan makanan yang dibiarkan terlalu lama sehingga dipenuhi kulat berwarna kelabu gelap di dalam bekas plastik.
Apa yang lebih mengecewakan, segala teguran yang dibuat dalam kumpulan WhatsApp langsung tidak diendahkan oleh rakan serumahnya.
"Aku rasa housemate aku sebenarnya monyet tapi jelmaan manusia lah," luahnya secara sinis.

Menurut wanita itu, dia sudah penat menjadi satu-satunya individu yang membersihkan rumah sedangkan punca kekotoran datang daripada orang lain.
"Saya penat bebel dah dalam group. Segala hal. Dapur tak bersih, lantai kotor, tak basuh bilik air. Takda sapa peduli, lagi buat ada…mmg muka ni je cuci," katanya.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata pernah melalui pengalaman sama tinggal bersama rakan serumah pengotor
Ada yang berkongsi kisah menjumpai rambutan yang sudah hitam dalam kabinet dapur, malah ada juga yang mendakwa rakan serumah mereka sanggup 'peram' makanan hingga berulat.
Susulan itu, ada pengguna berseloroh mencadangkan agar makanan berkulat itu diletakkan di atas katil si pelaku sebagai 'peringatan keras'.


Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



