Wanita Dedah 10 Tahun Kenali Ratusan Lelaki Tapi Masih Belum Jumpa Calon Suami Sesuai

Pada awalnya dia hanya berniat berkenalan dengan lelaki untuk tujuan perbualan semata-mata.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @healthy359 (X)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita di Jepun mendedahkan bahawa beliau telah menghadiri lebih 300 temu janji dengan lelaki sepanjang tempoh 10 tahun

Ia adalah sebagai sebahagian daripada usahanya mencari pasangan suami yang ideal, menurut laporan portal berita Must Share News.

Selepas berinteraksi dengan pelbagai lelaki sepanjang tempoh tersebut, wanita berkenaan menetapkan bahawa dia menginginkan seorang suami yang tampan serta mempunyai pendapatan tahunan minima sebanyak 10 juta yen (kira-kira RM270,000).

SAYS.com
Image via @healthy359 (X)

Pernah beberapa kali ditipu lelaki mengenai pendapatan sebenar, termasuk penganggur yang mendakwa gaji lumayan

Menurut @healthy359, pada awalnya dia hanya berniat berkenalan dengan lelaki untuk tujuan perbualan semata-mata.

Namun, seiring berjalannya masa, harapannya meningkat, mendorong dia mendaftar pada pelbagai aplikasi perhubungan ('dating') serta berurusan dengan agensi pencarian jodoh.

Tambahnya, dia beberapa kali ditipu lelaki mengenai pendapatan sebenar, termasuk individu penganggur yang mendakwa menerima gaji tinggi.

SAYS.com
Image via @healthy359 (X)

Gadis itu juga mengakui bahawa sukar untuk menemui lelaki yang ikhlas menjadi pasangan hidup kerana ramai menghilangkan diri apabila ditanya mengenai perkahwinan.

Sehingga kini, @healthy359 masih belum menemui jejaka idamannya, namun dia menyifatkan proses mengenali ramai lelaki sebagai pengalaman yang membuka perspektif baharu.

"Jika saya hanya bekerja, ada cerita yang tidak akan saya dengar dan dunia yang tidak akan saya ketahui," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik