Wanita Dakwa Terpaksa Ditahan Di Hospital Selepas Amal Minum Teh Matcha

Doktor memberikannya drip detoks intravena (IV) dan menetapkan suplemen zat besi untuk memulihkan semula tahapnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mirror
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita mendakwa terpaksa dikejarkan ke hospital dan disambungkan kepada drip intravena (IV) selepas jantungnya berdebar kencang gara-gara tabiat minum teh matcha

Laporan Mirror mendedahkan, Lynn Shazeen, 28, mula berjinak dengan matcha kira-kira enam bulan lalu, dan sejak itu menikmatinya sekurang-kurangnya sekali seminggu atas alasan mahu menjaga kesihatan.

Namun, selepas tiga bulan mengamalkan minuman hijau itu, dia berdepan keletihan luar biasa, tubuh menggigil kesejukan dan degupan jantungnya jadi tidak menentu hingga akhirnya dia terpaksa mencari rawatan kecemasan di hospital.

"Saya tidak sangka pengambilan matcha seminggu sekali boleh memberi kesan sebegini.

"Sebaik sahaja nampak bacaan zat besi turun mendadak, saya tahu ia berpunca daripada matcha," katanya.

SAYS.com

Lynn Shazeen di hospital

Image via MirrorImage via

Terus berhenti minum Matcha selepas kejadian itu

Menurut Lynn, dia mengambil keputusan untuk berhenti serta-merta daripada minum matcha dan hanya beralih kepada teh biasa selepas kejadian itu.

Namun begitu, pakar pemakanan Dr Emma Beckett ketika ditemubual portal 9honey menyatakan beliau agak skeptikal dengan kisah berkenaan kerana pengambilan matcha dalam kuantiti sederhana lazimnya tidak menimbulkan masalah.

Menurutnya, masalah kekurangan zat besi dalam kalangan wanita muda adalah perkara yang kerap berlaku, terutama disebabkan diet ketat serta kehilangan darah ketika haid.

"Apa yang penting, elakkan minum teh ketika pengambilan makanan tinggi zat besi atau suplemen," jelasnya.

Tambah beliau, teh sebenarnya adalah minuman yang sihat dan orang ramai tidak sepatutnya mudah terpengaruh dengan kisah sebegini sehingga menimbulkan rasa takut untuk menikmatinya.

SAYS.com

Lynn Shazeen di hospital dengan drip intravena (IV)

Image via Mirror

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: